Tabung Tragedi Lumut 2024

Tabung Tragedi Lumut 2024

SHAH ALAM: For those wishing to donate the families of the 10 RMN personnel who died in the helicopter crashes on April 23, can do so now via the Tabung Tragedi Lumut 2024.

The Malaysian Armed Forces release:

SIARAN AKHBAR 29 APRIL 2024
𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗔𝗧𝗠) 𝗔𝗞𝗧𝗜𝗙 ‘𝗧𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗥𝗔𝗚𝗘𝗗𝗜 𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧 𝟮𝟰’
Angkatan Tentera Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti berikut :
1. Berlanjutan daripada tragedi nahas helikoper Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 Pegawai dan Lain-Lain Pangkat TLDM pada 23 April 2024 yang lalu, Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menubuhkan Tabung Khas iaitu ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’.
2. ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’ akan diaktifkan bermula siaran ini dikeluarkan sehingga berakhir bulan Jun 2024. Ianya bertujuan bagi memudahkan warga ATM dan orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan beban yang dipikul setelah kehilangan ahli keluarga yang tercinta.
3. Sumbangan boleh dihulurkan terus secara atas talian (online) kepada akaun Affin Bank dengan menyatakan ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’ sebagai rujukan atau melalui cek atas nama ‘Tabung Kebajikan Angkatan Tentera’ dan diserahkan kepada Sel Kebajikan, Cawangan Staf Am, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur. Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-40131023.
4. Nama dan No Akaun ‘𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗧𝗿𝗮𝗴𝗲𝗱𝗶 𝗟𝘂𝗺𝘂𝘁 𝟮𝟰’ adalah seperti berikut:
🔴 Nama Akaun : 𝗧𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗧𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮 (𝗧𝗞𝗔𝗧).
🔴 Nombor Akaun : 𝟭𝟬𝟬𝟬𝟰𝟬𝟬𝟬𝟭𝟳𝟱𝟮.
🔴 Nama Bank : 𝗔𝗳𝗳𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗸.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Marhalim Abas: Shah Alam

View Comments (1)

whatsapp
line