SHAH ALAM: Silver jubilee of No. 18 Squadron. No. 18 Squadron celebrated its 25th anniversary on December 16 at the Butterworth airbase. To mark the occasion tail number 01 was given a new fresh paint, with yellow stripes running over the canopy leading to the twin horizontal tails. It also carries the 25th anniversary logo in yellow just under the cockpit.
The last time M45-01 was painted in special markings was for the squadron’s 20th anniversary.
From RMAF
PRESERVING THE LEGACY” TEMA 25 TAHUN NO 18 SKUADRON “MENGGEMPUR MEMINTAS” DEMI PERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
BUTTERWORTH, 16 Dis 22- No 18 Skuadron hari ini telah melaksanakan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 atau Jubli Perak bertempat di Hangar No 18 Skuadron. Majlis sambutan telah dirasmikan oleh Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Panglima Tentera Udara. Majlis turut dihadiri oleh Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara; Leftenan Jeneral Dato’ Indera Hj Yazid bin Hj Arshad TUDM, mantan Panglima Angkatan Bersama; Leftenan Jeneral Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara; Komander Pangkalan Udara Butterworth, Brigedier Jeneral Norli Hisham bin Alwi TUDM serta warga dan alumni No 18 Skuadron melibatkan kira-kira 500 jemputan.
No 18 Skuadron yang telah mula beroperasi semenjak Julai 1997 kini telah genap mencapai usia 25 tahun perkhidmatannya di dalam organisasi Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam menjaga kedaulatan ruang udara negara. Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Tahun 2022 berslogankan “Preserving the Legacy” yang membawa maksud No 18 Skuadron memelihara legasi untuk masa hadapan yang lebih baik.
Panglima Tentera Udara di dalam ucapannya berbangga dengan No 18 Skuadron yang mencapai usia 25 tahun telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam menjaga kedaulatan ruang udara negara serta membuktikan kemampuan warganya di peringkat anak kapal, juruteknik dan pentadbiran.
Sejak ketibaan pesawat F/A-18D Hornet pada tahun 1997 sehinggalah ke hari ini, pesawat ini masih berdiri megah dalam menonjolkan kemampuan di tahap yang maksimum demi mempertahankan ruang udara negara. Bagi menempatkan pesawat ini sejajar dengan keperluan operasi dan perkembangan teknologi masa kini, pihak TUDM telah mengambil inisiatif dalam melaksanakan program naik taraf pesawat iaitu ke tahap ‘SCS 25X’ yang merupakan satu upgrade programme yang dilancarkan pada tahun 2014. Ini membuktikan bahawa pucuk pimpinan begitu serius terhadap keupayaan aset udara TUDM amnya dan pesawat F/A-18D Hornet khususnya, sebagaimana aspirasi pelan pembangunan keupayaan TUDM (CAP55). TUDM berharap program naiktaraf berikutnya iaitu ‘SCS 29C’ berjalan seperti yang dirancang bagi meningkatkan lagi kemampuan pesawat F/A-18D ini selari dengan kemampuan pesawat hornet dari negara lain.
Menurut Panglima Tentera Udara lagi, jasa semua peringkat warga No 18 Skuadron sejak skuadron ditubuhkan amatlah dikagumi. Komitmen yang tinggi serta semangat “service before self” dalam diri warga No 18 Skuadron seiring dengan keupayaan pesawat F/A-18D dalam menjadikannya sebagai antara tonggak utama pertahanan udara di negara Malaysia yang tercinta.
Kejayaan No 18 Skuadron dalam misi ‘Ops Daulat’ pada tahun 2013 telah membuktikan keupayaan pesawat ini dalam menyekat pencerobohan pemberontak Sulu di tanah air. Selain daripada itu, kemampuan sistem pesawat ini juga membolehkan skuadron ini terpilih untuk melaksanakan pelbagai misi dan latihan, sama ada di dalam mahupun luar negara. Antaranya eksesais Pitch Black pada tahun 2008 dan 2018, selain penglibatan di pertunjukan udara Pameran Langkawi International Maritime and Aerospace (LIMA), sambutan Hari Ulang Tahun ATM, Hari Kebangsaan dan lain-lain. Semua kejayaan tersebut adalah hasil dari komitmen tinggi warga No 18 Skuadron dalam melakar kenangan manis sepanjang dalam perkhidmatan. Setiap anugerah dan pencapaian No 18 Skuadron selama 25 tahun perkhidmatannya merupakan satu penanda aras pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh seluruh warga No 18 Skuadron dalam memastikan kejayaan dalam setiap operasi menjadi tonggak utama yang mengekalkan keutuhan skuadron ini.
Panglima Tentera Udara turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua mantan Pegawai Memerintah No 18 Skuadron sepanjang tempoh 25 tahun kerana telah bertungkus-lumus dalam memastikan No 18 Skuadron sentiasa menjadi skuadron yang disegani di dalam TUDM dan segala jasa warga skuadron tidak akan TUDM lupakan.
Istimewa sebagai simbolik sambutan Jubli Perak No 18 Skuadron, upacara Pelancaran Pesawat disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara dengan memasukkan mission card ke dalam slot yang disediakan sebagai simbolik pelancaran dan pesawat F/A-18D Hornet iaitu M45-01 yang diwarnakan dengan skema warna tema sambutan dan lakaran logo sambutan ulang tahun yang ke-25 diperkenalkan buat julung kalinya di majlis ini diikuti dengan menandatangani plak perasmian.
Bagi mengabadikan momen indah, Panglima Tentera Udara, Timbalan Panglima Tentera Udara, Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Komander Pangkalan Udara Butterworth bersama-sama mantan-mantan Pegawai Memerintah dan Pegawai Memerintah No 18 Skuadron memeriahkan acara memotong kek. Sambutan diserikan dengan terbang lintas hormat dua (2) pesawat pejuang F/A-18D Hornet dan berakhir dengan sesi bergambar kenangan bersama semua yang hadir sebelum menunaikan Solat Jumaat di Surau Salahuddin Al-Ayyubi.
Among those who attended the event include the original pilots who trained on the Hornets in the US with US Marines and Boeing instructor pilots. The ones I could identify are Lt General Zahani Zainal Abidin (the current Training and Education commander) and the former Joint Force Commander Lt General Yazid Arshad.
— Malaysian Defence
View Comments (6)
A bit sad really when what should be happening is some concrete movement towards getting some or all the Kuwaiti Hornets.
Why? Didn't you read my post regarding the Kuwaiti Hornets? We have to wait until Kuwait received its Super Hornets first, before we can start official negotiations for their legacy Hornets.
Taib,
Not "sad" but the reality. The RMAF's priority is the LCA programme. It won't say no to pre owned Hornets but only if it doesn't compromise other programmes and only if the government can commit to a certain level of sustained funding to sustain them; to buy ground equipment; ordnance and to train crews [getting "low cost" air frames is only half of the narrative].
The government; well let's just say the previous one was pretty cool undecided and the present one is focusing on other issues.
Actually in my mind, the LCA is also the MRCA project rolled into one. The FA50 block 20 is also a small MRCA so I hope it gets approved soon…..as in sometime in 2023. It was tendered so there should be no reason it won’t do ahead, but then again….we are talking about Malaysia...
Tom Tom - "Actually in my mind, the LCA is also the MRCA project rolled into one"
That is something which worries the RMAF; getting a small number of LCAs and the bureaucrats at a later stage saying "no hurry to get MRCAs because you already have your LCAs; just make do". Such things have happened before.
Tom Tom - "The FA50 block 20 is also a small MRCA"
We must resist the temptation to make such comparisons. The LCA will have multi role capabilities but against a MRCA with a longer range radar; LO features and other things it will be found wanting; especially if the MRCA was operating alongside a AEW platform. Like everything else the LCA mustn't be in a situation where it has to punch above its weight category.
Air warfare has evolved; imagine being fired upon and only knowing about it when the incoming AAM's seeker goes active giving you 15 seconds to react or detecting something at 65km but being unable to achieve a solid lock.
@Tom Tom
A Kancil can also do a lot what an SUV can do, but there are things an SUV could do which a Kancil cannot do. TUDM are seeking SUVs to do SUV work, the Kancils are for other tasks befitting a Kancil.