Sea Skua Firing, A Success

RMN Super Lynx firing a Sea Skua missile. RMN

KUALA LUMPUR: I heard the news as I was about to go to Singapore but due to the technical snafu was unable to update the site. Since it was not the biggest news in the world I defer to it until today.

RMN sent out a long Press release on the matter including the fact that MBDA, the manufacturer, had admitted the launch failure last year as a technical fault of the missile and not RMN’s personnel (see below). Any way this a matter of record for those who wanted to find out whether we did fire a Sea Skua recently.


From RMN website:

Penembakan Sea Skua

Lumut – Kesiagaan aset TLDM menyerlah lagi dengan kejayaan penembakan misil udara ke permukaan (air-to-surface missile), jenis SEA SKUA pada 12 Febuari 2008. Penembakan yang dilaksanakan secara taktikal ini telah berjaya dilaksanakan di perairan Selat Melaka menggunakan platform pelancar, helikopter SUPER LYNX dari Skuadron 501 TLDM. Misil ini telah mengenai sasaran pada jarak efektif maksimum (maximum effective range).

Turut hadir menyaksikan penembakan ialah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ramlan Mohamed Ali, dan Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Dato’ Mohd Amdan Kurish.

Kejayaan penembakan ini telah mencapai dua objektif yang ditetapkan, iaitu pertama, untuk menguji pengoperasian sistem misil SEA SKUA dan sistem persenjataan helikopter SUPER LYNX, dan kedua, mengeksesais dan menilai keberkesanan Armada TLDM mengguna prosedur dan taktik berhubung dengan misil SEA SKUA dan helikopter SUPER LYNX, kedua-duanya merupakan aset canggih dan berteknologi tinggi dalam TLDM. Kejayaan penembakan ini membuktikan misil SEA SKUA yang berada dalam inventori TLDM mempunyai keupayaan perang dan dapat dioperasikan dengan baik oleh warga TLDM. Selain dari itu, penembakan ini juga telah memperkukuhkan lagi tahap kompetensi pengurusan, penyelenggaraan dan pengoperasian misil dan sistem persenjataan helikopter SUPER LYNX. Ini menyumbang kepada usaha TLDM untuk, secara berterusan, menentukan Armada TLDM serta unit-unit yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan operasi maritim sentiasa dalam keadaan siaga dan terlatih.

Misil SEA SKUA yang dibekalkan oleh Syarikat Matra BAE Dynamic (MBDA) dari United Kingdom, pernah diuji tembak buat kali pertama pada tahun 2006. Walau bagaimanapun penembakan tersebut tidak berjaya apabila misil itu tidak dapat dihidupkan dan jatuh ke laut. Dalam hal ini MBDA telah mengesahkan secara terbuka kegagalan misil bukanlah berpunca daripada ketidak siagaan aset TLDM ataupun ketidak-kompetensinya warga TLDM mengendalikannya atau helikopter SUPER LYNX, tetapi disebabkan oleh masalah teknikal misil itu sendiri. Susulan dari kejadian tersebut, semua misil SEA SKUA yang berada dalam inventori TLDM telah diperiksa semula, tanpa sebarang kos kepada Kerajaan. Masa yang lama diambil untuk mengoperasikan misil ini adalah kerana prosedur yang ketat dan rapi yang dikehendakkan oleh TLDM dalam pemeriksaan semula dan penilaian teknikal, dan juga oleh bilangan pegangan yang wajar diperiksa.

Sejajar dengan terma dalam obligasi kontrak, misil yang gagal tersebut telah diganti oleh MBDA, juga tanpa sebarang kos kepada Kerajaan. TLDM amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh MBDA dalam pemeriksaan semula dan pengantian misil.

Laksamana Tan Sri Ramlan menyatakan sebagai tindakan susulan tembakan ini, TLDM akan memainkan semula semua pergerakan aset dan sistem persenjataan yang terlibat dan menganalisis ketepatan misil bagi memantapkan lagi keberkesanan operasinya.

Selain TLDM, misil SEA SKUA, yang dilancar daripada helikopter, turut digunakan oleh angkatan-angkatan laut United Kingdom, Brazil, Jerman, Korea Selatan dan Turki. Misil jenis ini pernah digunakan dalam pertempuran di laut Perang Falklands dan Perang Teluk.

RMN drill Sea Skua ASM and drill A244S torpedo

Last Updated ( Thursday, 14 February 2008 )

–Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2338 Articles
Shah Alam

1 Comment

  1. hye..i’m midshipmen nizam from national defence mlysia unvrsty… i wanna know what problem’s on RMN super lynx…which i would like t0 take de problem as my projek title t0 being solve..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*