X

PMX Defends Helicopter Leasing Programme

Leonardo AW149 helicopter. Leonardo.

SHAH ALAM: PMX has defended the decision to lease the helicopters for the military and other government agencies – RM16.5 billion for 15 years – during the Parliament session on Thursday. Among others he said the government adopted the leasing model to reduce maintenance costs and at the same time improved the operational readiness of the fleet.

DS Anwar Ibrahim did not address the fact that the government will be paying some RM1 billion a year for 15 years for the helicopters. He also said the helicopters selected were based on the specifications and requirements of the agencies themselves.

Anwar, who is also the finance minister, told Parliament that Weststar Aviation Services Sdn Bhd was chosen for the programme after it responded to a Request for Proposal (RFP) from the Prime Minister’s Department Public-Private Partnership Unit. He said four companies responded to RFP with Weststar chosen as it had the best financials, air operating certificate, and the European Union Aviation Safety Agency license as it has 138 pilots. The minimum start-up capital for the companies to respond to the RFP is RM122 million. The readiness rate for the helicopters during the leasing period was pegged at 85 per cent.

Tanah Merah MP DS Ikmal Hisham Abdul Aziz asked why the leasing contract was approved instead of an open international tender or through the government-to-government negotiations. Ikmal Hisham was the deputy minister when the previous two administrations approved two leasing programmers – RMAF with Weststar and Army – Aerotree Service Sdn Bhd, which was canceled recently.

Anwar said the Italian government – which owned 30 per cent of Leonardo – (he met Italian prime minister Giorgia Meloni on the sidelines of the G20 conference in Brazil recently – provided the guarantee that the maintenance for the helicopters will be top-notch.

“We wanted that the helicopter negotiations to be transparent and conducted directly between governments, excluding agents. This approach would streamline the process and avoid multiple discussions among various agencies,” Anwar stated.

Anwar further elaborated that the agreement involves collaboration with local higher learning institutions, such as Universiti Teknologi Malaysia and RMAF, to enhance training and technology transfer capabilities.

He also mentioned ongoing discussions to establish Malaysia as a regional hub for Leonardo helicopters. Batu Berendam Airport in Malacca has been proposed as a site for a training and maintenance center for these helicopters.

The Prime Minister noted that this leasing strategy is in line with practices in neighboring countries like Singapore, Indonesia, and the Philippines, offering greater flexibility and cost savings.

He also confirmed that the Army will also be part of the leasing programme apart from RMAF,RMN, MMEA, police, Fire and Rescue Department, and the Prime Minister Department. Apart from RMAF 12 and police’s seven helicopters, he did not give the breakdown for the other services and agencies.

It is unclear why Anwar cited the three Asean countries to justify the leasing programme as none of their militaries have leased helicopter in recent times. Only Indonesian disaster management agency had leased helicopters within the last decade for fire-fighting operations. This mostly on case-to-case and short term basis.

From the Hansard:

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Perdana Menteri
menyatakan mengapakah kontrak sewaan pesawat helikopter untuk Angkatan Tentera
Malaysia yang dilaksanakan secara pajakan tidak ditawarkan secara tender terbuka
antarabangsa atau dilaksanakan secara Government to Government (GtoG).
Tuan Yang di-Pertua: Baik, silakan Perdana Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Tanah Merah yang juga arif tentang perkara ini
kerana dimulakan sejak 2015, juga 2017 dan 2021. Tapi saya setuju dengan Tanah Merah
bahawa pada masa itu ia terikat hanya dengan Angkatan Tentera Malaysia. Tetapi dalam
perkembangan terbaru, saya lakukan begini. Satu, kita mahu supaya rundingan itu rundingan
yang agak telus yang melibatkan kerajaan dengan kerajaan dan tidak melalui mana-mana
ejen.
Keduanya, kalau ada keperluan umpama satu jenis helikopter, apakah perlu tiap
badan angkatan darat, laut, udara berunding secara berasingan termasuk badan-badan lain,
umpamanya polis PDRM yang saya ingat ada dalam senarai, bomba. Jadi, kita ambil senarai
kesemua yang memerlukan helikopter daripada masing-masing menjurus guna ejen dan
berunding ataupun tender berasingan, kumpulkan semua supaya kos lebih terkawal. Jadi, ini
yang pertama.
Malah Perdana Menteri Itali di Rio de Janeiro memang menyebut bahawa Kerajaan
Itali yang punyai lebih daripada 30 peratus saham di Leonardo, memang senang dan akan
beri jaminan supaya kerajaan akan memberikan semua kerjasama kerana dalam bentuk
leasing ini, dia akan mengelakkan daripada beban kita dari segi maintenance yang menjadi
masalah besar sekarang ini, bilion Ringgit satu tahun untuk keperluan bahan maintenance
dan kerosakan-kerosakan semula jadi. Sebab itu saya setuju meneruskan keputusan leasing
yang telah dibuat sebelumnya. Cuma kita perluaskan.
Tetapi dia tidak umpamanya direct nego kerana kita buat request for proposal. RFP
ini di bawah kerjasama awam swasta yang kemudiannya diselaraskan oleh UKAS, meminta
semua syarikat-syarikat yang ada keupayaan, empat yang utama, siapa yang memenuhi.
Akhirnya, yang hanya mampu dengan kewangan yang punya an air operator certificate, yang
ada AOC ini, empat. Daripada empat itu, maka dipilih Weststar Aviation Services Sdn. Bhd.
yang telah mengemukakan tawaran melalui RFP ini.
Penilaian itu tertakluk kepada pertama, keupayaan modal yang agak tinggi. Modal
yang diperlukan awal ialah RM122 juta. Ini tidak dipenuhi oleh banyak syarikat lain. Kemudian
ada lesen air operator certificate, approved maintenance organisation. Kemudian, lesen
directorate general technical airworthiness, lesen European Union Aviation Safety Agency
kerana ada keperluan 135 juruterbang bertauliah dan lain-lain yang detail. Tetapi yang juga
menarik ialah kerana sekarang ini Weststar sudah punya 28 helikopter dengan Leonardo
daripada kontrak yang lama dan puluhan kontrak dengan Saudi menggunakan pengalaman
yang ada.
Inilah maka sebabnya mengapa kita teruskan tetapi syarat kita ialah mengumpulkan
semua dengan keperluan dalam negara iaitu TLDM, TUDM, tujuh untuk PDRM, 12 untuk
DR. 28.11.2024
7
TUDM. Kemudian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, mohon maaf, TDM dan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan satu untuk kegunaan JPM. Ini
keperluan. Yang penting ialah maintenance, repair dan overhaul yang kalau kita lihat. Sebab
itu Singapura, Indonesia, Filipina memilih kaedah leasing yang kita putuskan sekarang ini.
Kemudian, konsep pajakan ini syarikat perlu memastikan tahap ketersediaan dan
kesiagaan helikopter yang dibekalkan pada tahap 85 peratus dan ini membantu. Kita tambah
lagi satu syarat iaitu kerjasama dengan institut latihan kita termasuk universiti, UTM dan
TUDM. Kemudian, mengambil kira persiapan penyediaan Malaysia sebagai hab. Dia ada
sekarang di Itali, di Miami dan ketiga di Malaysia. Mungkin dipilih Melaka kerana berdekatan
dengan Lapangan Terbang Batu Berendam yang kita setuju untuk jadikan sebagai pusat
latihan untuk helikopter Leonardo.

Tuan Yang di-Pertua: Baik, saya jemput Tanah Merah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Terima kasih Yang Amat
Berhormat. Kita Yang Amat Berhormat, Tan Sri Yang di-Pertua, kita tak boleh ambil mudah
hal-hal keselamatan dan kedaulatan negara. Tentera kita mesti dibekal dengan kelengkapan
yang memenuhi keperluan operasi mereka. Melihat perkembangan geopolitik semasa dan
impak akan datang, maka telah tiba masanya kerajaan untuk beri keutamaan lebih tinggi
kepada pertahanan negara. Anggota tentera kita telah terbukti sanggup berkorban jiwa dan
raga untuk negara.
Yang Amat Berhormat, saya mohon sangat-sangatlah, kelengkapan kepada anggota
tentera, maaflah tak boleh cap ayam. Mestilah berkualiti, mesti ikut spec dan mesti ikut
keperluan user atau perkhidmatan darat, laut dan udara. Semua pembekal akan mengatakan
barang mereka barang yang terbaik. Namun hanya user yang benar-benar tahu keperluan
mereka.
Tan Sri Yang di-Pertua, soalan tambahan saya kepada Yang Amat Berhormat ialah
kenapa pendekatan pajakan aset dipilih berbanding perolehan biasa? Adakah keperluan
agensi-agensi keselamatan atau pengguna telah diambil kira dalam pajakan aset ini? Sikit
lagi ya Tan Sri Yang di-Pertua.
Yang Amat Berhormat, helikopter untuk military, ada military spec-nya. Mesti
berupaya multitask, multitasking. Apakah helikopter yang dibekalkan kepada tentera ini telah
menjalani ujian? Bolehkah buat under slump? Bolehkah bawa paratrooper? Bolehkah hantar
ration? Bolehkah terbang di Sabah yang berbukit-bukit? Bolehkah buat search and rescue?
Bukan sekadar trip dari poin A atau ke poin B.
Akhir sekali Yang Amat Berhormat, memandangkan inilah kontrak perolehan aset
yang paling mahal dalam sejarah negara, RM16.546 bilion. Kerajaan Filipina baru beli 32
pesawat helikopter Black Hawk hanya sekadar RM624 juta ataupun RM2.7 bilion sahaja.
Jadi, Yang Amat Berhormat, bolehkah cadangan penyewaan ini terlebih dahulu dibawa ke
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang terdiri daripada pihak kerajaan dan pihak
pembangkang bagi pelaksanaan yang lebih telus.
Jawatankuasa ini boleh mengesahkan sama ada sewaan helikopter ini benar-benar
jenis aset diperlukan dan penuhi spec pihak end user. Selepas itu sewa bolehlah diteruskan.
Semua pihak akan berpuas hati. Dato’ Seri akan dikenang PM yang terbaik, no more D, dapat
A, A++ lagi Dato’ Seri. Terima kasih Yang Amat Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua: Baik. Terima kasih.

Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Terima kasih. Yang Berhormat Tanah Merah, ini yang
pilih dulu ini Yang Berhormat. [Dewan ketawa] Amende je ini? Jadi yang pilih dulu itu syarikat
ini masa Yang Berhormat dan sebelumnya juga lagi. Spec ini betul, Yang Berhormat punya
komen itu betul. Spec itu ditentukan oleh badan-badan ataupun TLDM, TUDM ikut keperluan
mereka.
Tidak semua Leonardo itu dalam satu jenis. Bomba lain, dia kena bekalan air, yang
lain bekalan senjata. Itu secara detilnya tentu dipersiapkan dan yang minta dan beri syarat ini
ialah pasukan, bukan kerajaan. Maknanya sepertimana saya baca yang tadi TUDM, TLDM
masing-masing mengemukakan keperluan mereka. Ini telah diambil kira oleh UKAS dalam
memberikan recommendation kerana ini masuk operate dan maintain MRO.
Yang dibangkitkan juga ialah tentang sama ada dia ada keupayaan. Jadi, saya fikir
ini ditentukan oleh badan-badan yang berkaitan ataupun agensi berkaitan. Mereka tetapkan
specs dan specs itu mesti dipenuhi. Sebab itu Leonardo dia bangkitkan tentang keperluan
dia buat beberapa penyesuaian untuk memenuhi permintaan pengguna dan saya tidak fikir
dia jadi masalah.
Ini sebenarnya menurut dan malah kalau ditanya saya ya, mungkin tidak disenangi
oleh setengah pihak, ini lebih telus. Kita buat G2G, no commission, no agents, direct bagi
syarikat yang boleh. Dah tentunya kita bagi keutamaan syarikat negara. Kita tak pergi kepada
syarikat luar negara dan syarikat dalam negara yang punyai rekod dan prestasi yang
memuaskan. Baik.
Apakah ia boleh dibincang secara terbuka? Tidak ada negara di dunia ini Tan Sri
Yang di-Pertua yang membincang soal keperluan teknikal keselamatan untuk bicara secara
umum, tidak boleh. Saya tidak setuju kalau isu-isu pembelian senjata. Ini pun kita dah
umumkan setakat yang boleh diumumkan tetapi apakah keistimewaan tiap helikopter itu
untuk TUDM, untuk TDLM saya tidak fikir boleh dibahaskan oleh Jawatankuasa Parlimen. Itu
pandangan saya.
Boleh nanti kalau perlu Yang Berhormat, minta Menteri Pertahanan atau Menteri
Dalam Negeri teliti semula apa yang boleh disampaikan. Tetapi saya tidak fikir wajar untuk
keselamatan negara untuk kita bincang secara teliti soal specs dan keperluan dan kekuatan
masing-masing kelengkapan tentera kita.

Tuan Yang di-Pertua: Baik. Saya jemput Batu Pahat.
Tuan Haji Onn bin Abu Bakar [Batu Pahat]: Terima kasih Tan Sri Speaker. Kepada
soalan–soalan tambahan pada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Memandangkan
kaedah pajakan ini merupakan yang pertama dilakukan bagi aset penerbangan kerajaan.
Apakah dasar kerajaan iaitu dasar sewaan helikopter ini akan dipakai juga bagi aset-aset lain
seperti pesawat pejuang pada masa akan datang. Terima kasih Tan Sri.

Tuan Yang di-Pertua: Baik. Silakan Menteri.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Setakat ini, pada dasarnya Tan Sri Yang di-Pertua,
kita lebih setuju cara ini, pertama, dia tidak jadi beban kewangan kepada negara. Walaupun
setengah negara kita beli dengan lebih murah, tetapi kebanyakan kalau kita tengok
maintenance dia dan akhirnya dia ada keperluan pesawat yang maintenance dia itu lebih
mahal daripada pesawat pada peringkat awal.
Itu sebab mereka dikaji semula dan dianggap sebagai leasing MRO kerana
mengurangkan beban dan tetapi syarat kita latihan mesti di sini, pemindahan teknologi di sini.
Sebab itu kita gunakan Lapangan Terbang Batu Berendam sebagai pusat latihan dan juga
kilang, di mana yang mampu dilakukan. Itu syarat-syarat yang dikenakan.
Tetapi, prinsip ini setakat yang mampu kita boleh guna pakai walaupun pihak
Angkatan Tentera Malaysia mengatakan ada keperluan segera yang harus dimiliki oleh
negara yang tidak boleh menunggu soal leasing, makna beli secara langsung. Itu saya tidak
fikir kita boleh putuskan untuk semua tapi pada dasarnya, saya fikir inilah untuk kelengkapan
ketenteraan, kita pilih untuk sistem pajakan kerana ia lebih menjamin ketelusan dan elak
kerugian dan tanggungan kewangan yang tidak menentu untuk tahun-tahun akan datang.

Tuan Yang di-Pertua: Baik. Ya Bagan.
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]: Saya nak ucapkan terima kasih atas peluang yang
diberikan. Juga menyatakan sokongan terhadap apa yang dinyatakan oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri bahawa urusan rundingan ini dibuat secara G2G kerana ini akan
membolehkan negara kita untuk menjimatkan komisen. Di sini kerana ia menimbulkan
banyak teka-teki.
Bolehkah buat satu perbandingan CBA (cost benefit analysis) daripada membeli
yang baru berbanding dengan pajakan. Kerana khususnya apabila kita pajak, akan timbul
pula sama ada kita akan gunakan helikopter yang sama kerana dengan peningkatan ataupun
peralihan teknologi. Kalau kita guna helikopter yang sama untuk 15 tahun, ia akan jadi
obsolete dengan izin.
So, adakah ada dalam terma atau rujukan itu pajakan, helikopter ini akan diganti
dengan baru bukan gunakan yang sama. Kalau yang sama mungkin akan jadi lapuk.
Bolehkah dalam aspek ini, boleh buat itu CBA bahawa beli itu yang baru lebih mahal, lebih
daripada RM16.5 bilion berbanding dengan pajakan untuk tempoh 15 tahun. Sekian, terima
kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Silakan.
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim: Terima kasih Bagan yang arif bab ini. Tetapi pertama,
keperluan dalam pembelian ini ialah untuk 15 tahun. Selepas itu, kita boleh miliki dengan
harga yang agak murah dalam sekadar RM15 juta. Tetapi, saya ambil perhatian kerana
teknologi berubah, kecanggihan berubah, keperluan berubah ini benar Sebab itu pembelian itu mengikut keperluan semasa dan saya tidak fikir kita berakhir
keperluan helikopter untuk 15 tahun ini sahaja. Tentu dalam dua tiga tahun lagi kita akan
tanya malah itu pendekatan saya. Menteri Pertahanan lebih arif bab ini kerana kita
mengatakan bahawa Angkatan Tentera Malaysia harus berikan apa senarai keutamaan
mereka selain daripada helikopter dan LCS ini umpamanya.
Sekarang ini dalam peperangan Rusia-Ukraine dan dalam pertempuran kita lihat
baru-baru ini Iran-Israel dan Hezbollah, itu dron sudah menjadi sesuatu yang menjadi
keutamaan yang bukan keutamaan puluh tahun yang lalu. Jadi, kita akan melihat. Saya setuju
supaya kita sentiasa pantau dan lihat apakah keperluan-keperluan semasa kerana teknologi
berubah dan menuntut kita juga membeli barangan yang canggih yang upaya kita lakukan.
Walaupun kita syukur alhamdulillah setakat ini, rantau ASEAN ini dianggap rantau
yang di antara yang paling aman di dunia dan kepesatan pertumbuhan ekonomi yang paling
pantas di dunia. Mudah-mudahan kita dipelihara daripada permasalahan yang dihadapi oleh
banyak rantau lain.

— Malaysian Defence.

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment
Marhalim Abas: Shah Alam

View Comments (9)