X
    Categories ESSCOm

New ESSCOM Logo

ESSCOM logo and flag.

SHAH ALAM: Eastern Sabah Security Command’s (ESSCOM) main mission is to prevent another intrusion and ensure zero kidnapping for ransom (KFR), said its commander Deputy Commissioner Victor B Sanjos on September 23.

It was for this reason ESSCOM has come with a new logo and flag as well as a new Eastern Sabah zone map. Victor said it was hope with the new logo and flag it will also spur ESSCOM personnel to meet its mission and ensure the well-being and safety of ESSZONE.

The areas in white are part of the ESSZONE and comes under the ESSCOM.

The security situation in ESSZONE for the last two years has seen a marked improvement compared to previous times. The only blot was the shooting of two MMEA personnel off Kunak, on April 7. One of the MMEA personnel lost an eye in the shooting incident. The shooter escaped.
The operators at the ESSCOM JSOC exercise in June this year. From the front, Two VAT 69 operators, UTK and Tiger Platoon.

SIARAN MEDIA ESSCOM: TIADA PENCEROBOHAN KALI KEDUA, SIFAR KFR, MISI ESSCOM
LAHAD DATU, 23 September 2024 – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) meletakkan tiada lagi pencerobohan kali kedua dan sifar penculikan atau Kidnap For Ransom (KFR) sebagai dua misi utama ESSCOM.
Demikian amanat Komander ESSCOM, YDH DCP Datuk Victor B Sanjos kepada seluruh warga ESSCOM semasa Majlis Perhimpunan ESSCOM bersempena dengan pelancaran logo dan bendera ESSCOM serta peta Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) yang baharu.
Susulan itu, Victor berharap melalui penjenamaan ini akan menyemarakkan lagi semangat seluruh warga ESSCOM dalam merealisasikan dua misi utama itu tadi seterusnya menjadikan ESS Zone sebagai tempat yang selamat dan sejahtera.
“Justifikasi penjenamaan ESSCOM dan ESS Zone ini penting bagi mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan di ESS Zone bertujuan membangunkan sosioekonomi di pantai Timur Sabah.
“Justeru, saya dengan rendah hati memohon kerjasama penuh dan bantuan daripada rakan-rakan media supaya membantu ESSCOM menguar-uarkan perkara ini dalam pemberitaan demi mencapai hasrat memajukan pantai Timur Sabah,” tambah Victor lagi.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ESSCOM, YBhg. Datuk Dr. Jamaluddin bin Mohd. Ali semasa menyampaikan aluannya menyeru seluruh warga ESSCOM menghayati nilai dua akronim yang diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar iaitu MERDEKA dan MALAYSIA dalam penugasan seharian.
Terdahulu penjenamaan logo dan bendera ESSCOM serta warna peta ESS Zone telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama ESS Zone dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor pada 25 Julai 2024 yang lalu.
Pada majlis sama yang dihadiri oleh 130 orang warga ESSCOM ini, turut diadakan pelancaran sistem e-Keanggotaan ESSCOM dan e-Demografi ESS Zone secara ‘in-house’ bertujuan memudahkan urusan kerja seharian warga ESSCOM.
Pewujudan sistem ini didasari oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan atau AI dan hasrat ESSCOM bukan sahaja untuk dikenali sebagai pusat keselamatan di pantai Timur Sabah tetapi juga sebagai pusat maklumat di ESS Zone.
Turut hadir Timbalan Komander ESSCOM, Brigadier Jeneral Mohamad Ismail bin Kamarudin, Ketua-Ketua Staf, Pengarah-Pengarah Awam, pegawai-pegawai kanan ESSCOM serta warga ESSCOM.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment
Marhalim Abas: Shah Alam