LCS In Parliament

The LCS major equipment detailed by RMN in 2016. RMN graphic

SHAH ALAM: In the article the other day on the LCS, Malaysian Defence had to rely on the reported news on what was said in Parliament on June 8. Posted below is the transcript on the exchange on the LCS on that parliamentary session. It must be noted that Deputy Defence Minister Adly Zahari was answering questions put out by Tanah Merah MP DS Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Ikmal Hisham was the previous deputy defence minister, serving for two administrations, the Muhyiddin Yassin and Ismail Sabri ones. Adly gave a shade to his predecessor by saying he (Ikmal Hisham) had done nothing on the LCS during the three years of his service at the ministry. Frankly, it was just a gentle ribbing but deservingly so.

It must be noted the PAC – the one set-up for this Parliamentary session – will be visiting Boustead Naval Shipyard in Lumut later today (June 10, 2023). I will published their statement once available.

The LCS exchange on June 8 at Dewan Rakyat

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah] minta Menteri
Pertahanan menyatakan garis waktu Projek Kapal LCS 1 dapat dimulakan semula
dan adakah kapal ini dapat diselesaikan sebagaimana perancangan awal iaitu untuk
ditauliahkan bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 2026?

Timbalan Menteri Pertahanan [Tuan Haji Adly bin Zahari]: Bismillahi
Rahmani Rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu izinkan saya untuk menjawab
pertanyaan Yang Berhormat Tanah Merah ini secara bersekali dengan pertanyaan
yang juga daripada Yang Berhormat Tanah Merah pada tarikh 14 Jun 2023. Ini
kerana, isu yang dibangkitkan adalah isu yang sama iaitu berkaitan isu perolehan
Littoral Combat Ship (LCS).
Tuan Yang di-Pertua, sebagai makluman Dewan yang mulia ini, prinsip
Kementerian Pertahanan dalam meneruskan pembinaan LCS ini bersandarkan
kepada keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Bagi mengukuhkan armada
di bawah Pelan Transformasi 15-to-5 TLDM iaitu bagi meningkatkan keupayaan
operasi TLDM dalam melindungi serta memelihara keselamatan dan kedaulatan
perairan negara. Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan memberikan
tumpuan sepenuhnya dalam melangkah ke hadapan bagi memastikan Projek LCS
ini dapat diteruskan semula.
Ini kerana kita tahu dalam tempoh-tempoh ini semenjak kita melaksanakan
audit sekitar tahun 2019 sehingga ke hari ini, projek itu tidak dapat kita teruskan.
Jadi, langkah ini adalah langkah ke hadapan kita bagi memastikan bahawa projek
LCS ini dapat kita teruskan semula. Kementerian Pertahanan telah membentangkan
Kertas Cadangan Pengurusan Projek LCS ini kepada Jemaah Menteri pada 19 April
2023 dan Jemaah Menteri dalam mesyuarat tersebut bersetuju supaya projek LCS
ini diteruskan.
Dalam perkembangan terkini, kontrak tambahan keenam telah pun
ditandatangani pada 26 Mei 2023 yang merupakan tarikh permulaan bagi
memulakan kerja-kerja semula pembinaan LCS. Berdasarkan perancangan
perbatuan yang terkandung dalam perjanjian tambahan ini, kapal LCS yang pertama
akan dapat disiapkan pembinaannya pada bulan November 2024. Sebelum melalui
beberapa penilaian iaitu Harbour Acceptance Test (HAT) dan Sea Acceptance Trial
(SAT) oleh pihak TLDM itu sendiri.
Justeru itu, berdasarkan perancangan ini insya-Allah kapal LCS ini yang
pertama dijangka akan dapat ditauliahkan bagi kegunaan Tentera Laut Diraja
Malaysia (TLDM) pada akhir tahun 2026. Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan
Yang Berhormat Tanah Merah berkenaan status terkini bagi penyelesaian perjanjian
antarabangsa atau international settlement agreement yang melibatkan syarikat
Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electro Dynamic Sdn
Bhd (CED).
Suka saya memaklumkan bahawa transaksi ini tidak melibatkan kerajaan.
Kerajaan tidak perlu menanggung sebarang pampasan kerana perjanjian ini
merupakan urusan perniagaan syarikat dan di luar kontrak kerajaan. Itu sahaja
jawapan saya.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat Tanah Merah soalan tambahan.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri yang memberi
jawapan.
Tadi, untuk makluman semua, kami ada terima satu memorandum daripada
Ikatan Demokratik Muda. Ha ini, Tuan Syed Saddiq, Yang Berhormat Muar ya.
Memorandum siasatan terhadap skandal LCS. Yang Berhormat, pada LIMA, 26 Mei
2023 yang lalu di mana Kementerian Pertahanan telah memeterai satu perjanjian
tambahan yang dipanggil dengan izin, supplementary agreement yang keenam yang
mana pihak Naval Shipyard akan mendapat tambahan peruntukan RM2 bilion lagi
daripada asalnya RM9 bilion. Dahulu RM9 bilion hendak buat enam kapal, sekarang
ini kita bagi kepada mereka RM2 bilion tambahan lagi tetapi bukan nak buat enam,
sekarang ini nak buat lima sahaja.
Jadi, menyebabkan kos siling menjadi RM11.2 bilion. Apabila kita kurangkan
lima buah kapal ini, ini akan menjadikan kapal LCS kita yang pada asalnya sebuah
kapal hanya RM1.5 bilion dah menjadi RM2.24 bilion sebuah kapal yang merupakan
satu sejarah dalam dunia. Kapal yang paling mahal dibina dan bukan itu sahaja yang
paling mahal, paling seperti keterangan kata akan siap, Insya-Allah harap-harap siap
pada tahun 2026. Siap pada tahun 2024 tetapi digunakan pada tahun 2026, bererti
ia paling lama nak siap. Selama 10 tahun berbanding kalau— yang kos mereka
hanya RM1.9 bilion, hanya siap tiga tahun tetapi kita 10 tahun.
Okey, ini soalan tambahan saya. Jadi bagi saya, Yang Berhormat Menteri, ini
satu skandal yang besar. Tragedi yang tak boleh kita tutup mata. Pihak-pihak yang
bertanggungjawab perlu diambil tindakan. Soalan tambahan saya, adakah perjanjian
tambahan ataupun yang saya katakan supplementary yang keenam tadi adalah
merupakan yang terakhir ataupun yang kita jamin akan siap?

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, pendekkan soalan.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Apa yang saya
bimbang ialah, RM2 bilion yang akan kita bagi kepada Boustead Naval Shipyard Sdn
Bhd ini benar-benar akan digunakan untuk siapkan kapal bukannya diberi sebagai
pampasan kepada orang tengah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat Tanah Merah, duduk. Panjang betul.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: [Bercakap tanpa
pembesar suara] Okey, last sekali. Saya nak landing dah.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Duduk. Yang
Berhormat Menteri.

Tuan Haji Adly bin Zahari: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang
Berhormat Tanah Merah ini sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula
[Tepuk]. Saya tak nafikan, antara persoalan yang paling banyak ditanya ialah tentang
peningkatan kos. Saya menyebut bahawa ada dua aspek yang menyebabkan
peningkatan kos. Yang paling teras kalau kita lihat adalah tempoh pembinaan ini.
Oleh sebab pembinaan ini kalau kita lihat, tertangguh agak lama. Jadi, kita
dalam perjanjian yang baharu, yang keenam ini, kita memerlukan 83 bulan tambahan
tempoh pembinaan ini kerana bila kita bersetuju untuk meneruskan projek LCS ini,
sudah barang pasti kita memerlukan tempoh kerana kalau kita tengok perjanjian asal
itu, sepatutnya kapal LCS pertama itu dapat kita siapkan pada tahun 2019
pembinaannya.
Jadi kalau kita lihat ini, pertambahan 83 bulan itu sudah barang pasti
memberikan beberapa kos tetapi kos antara yang terbesar tambahan itu adalah
berdasarkan kepada perubahan spesifikasi (variation order) berdasarkan kepada
keperluan daripada Tentera Laut Diraja Malaysia itu sendiri. Contohnya saya
memaklumkan kepada Dewan ini, antara tambahan ataupun perubahan spesifikasi
itu ialah di mana kerajaan telah meluluskan spesifikasi LCS ini bagi two surface
missile contohnya. Jadi ini adalah satu keperluan pertahanan negara. Begitu juga
dengan decoy launching system (DLS) dan beberapa lagi sistem pertahanan yang
bagi kita ini adalah beberapa kos tambahan.
Yang kedua, macam saya sebutkan tadi tempoh 83 bulan tambahan itu juga
memberikan beberapa kos kepada kita tetapi tidak kita nafikan bahawa melalui
perjanjian baharu ini, tadi ada disebut oleh Yang Berhormat Tanah Merah,
kebimbangannya dengan peranan orang tengah. Kadang-kadang kita di peringkat
Kementerian Pertahanan, so Kementerian Kewangan itu salurkan pembayaran dan
pembayaran itu diterima oleh syarikat. Kadang-kadang syarikat itu dia ada orang
tengah dia dan akhirnya kewangan itu tidak sampai kepada OEM itu.
Itu antara dapatan sendiri kalau kita lihat dalam PAC. Ini antara
kelemahannya. Sebab itu bila kita membuat perjanjian yang keenam ini, antara yang
kita letakkan keutamaan adalah kerajaan boleh dalam perjanjian ini terus membayar
kepada OEM melalui Kementerian Kewangan itu. Ini antara penambahbaikan yang
kita lakukan dalam perjanjian kita dan di samping itu, untuk makluman Ahli Dewan
juga kerana kita tahu bahawa aspek pemantauan antara aspek penting yang harus
kita berikan keutamaan juga. Sebab itu kita ada empat buah jawatankuasa
pemantau untuk memastikan bahawa projek ini dapat kita siapkan pembinaannya
dan dapat kita gunakan, manfaatkan untuk keselamatan negara kita menjelang tahun
2026 itu.
Yang pertama adalah Jawatankuasa Kerja di Peringkat Pasukan Projek di
Kementerian Pertahanan dan Jawatankuasa Teknikal LCS di Kementerian
Pertahanan, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sendiri boleh memantau
setiap tiga bulan. Progress-nya akan dibentangkan dan begitulah juga Project
Monitoring Committee (PMC) yang mana akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua
Setiausaha Perbendaharaan dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Jadi, saya fikir ini antara aspek-aspek penambahbaikan yang kita buat dan dalam
masa yang sama, ada satu perkara juga yang mungkin perlu saya maklumkan iaitu
tentang model pembayaran kita.
Kita tahu bahawa tender sebelum daripada ini, kontrak kita pembayaran
berdasarkan kepada milestone di mana kalau kita lihat kadang-kadang kita tahu
OEM, sebelum kita buat penerimaan sesuatu peralatan ataupun equipment itu,
kadang-kadang 45 peratus pembayaran harus dibuat. Akan tetapi saya yakin
bahawa melalui perjanjian ini, sebenarnya kita membayar berdasarkan kepada
progress payment. Jadi kalau perkhidmatan itu telah disempurnakan ataupun kerja-kerja itu telah disempurnakan, barulah kita membuat pembayaran.
Jadi, kaedah-kaedah kontrak ini juga kita ambil kira dan saya yakin bahawa
dengan usaha yang dibuat oleh kerajaan…

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, sila gulung.

Tuan Haji Adly bin Zahari: Sedikit sahaja.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Jika panjang
lagi, sila beri jawapan bertulis.

Tuan Haji Adly bin Zahari: Satu minit sahaja lagi. Jadi, kalau kita lihat kalau
dahulu kita mengambil masa, Yang Berhormat Tanah Merah pun punya pengalaman
tiga tahun di situ tanpa membuat sebarang keputusan. Jadi kalau enam bulan kita
membuat keputusan dan inilah yang diperlukan oleh rakyat kerana kita ingat bahawa
projek LCS ini melibatkan 400 vendor dan bila kita teruskan ini, kita juga sebenarnya
memangkin ekonomi negara kita tetapi yang paling penting adalah kita mesti telus
untuk pastikan bahawa projek ini berjaya, pembinaannya boleh dibuat dan kapal itu
boleh kita dinikmati untuk apa? Untuk keselamatan negara kita. Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Tuan Yang di-Pertua, saya
mohon soalan tambahan. Sik mohon soalan tambahan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, saya melihat Yang Berhormat Kepong. Silakan. Dia dahulu bangun.

Tuan Lim Lip Eng [Kepong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kerajaan
pada bulan lalu telah kata kerajaan tiada pilihan selain mengambil alih syarikat yang
bermasalah ini iaitu Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd. Soalan tambahan saya yang
pertama, berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan dalam hal
mengambil alih syarikat yang bermasalah ini? Soalan yang kedua, mengapakah
sehingga kini tiada seorang pun yang ditangkap dan tindakan mahkamah diambil?
[Tepuk]. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat Menteri.

Tuan Haji Adly bin Zahari: Kuat ditepuknya. Terima kasih Yang Berhormat
Kepong di atas dua persoalan itu. Yang pertama, kalau kita lihat dalam perjanjian
yang keenam ini, antara penambahbaikan yang kita buat, dia berkaitan dengan
persoalan yang pertama itu iaitu tentang syarikat ini. Jadi kita tahu bahawa kita
memberikan kontrak ini kepada Boustead Naval Shipyard. Kita tahu bahawa Boustead Naval
Shipyard ini adalah syarikat anaklah orang kata, dia ada mother
company dia yang melibatkan Boustead Heavy Industry dan sebagainya.
Jadi kita tahu bahawa dalam amalan perniagaan itu, kadang-kadang
memang pembayaran kerajaan kepada Boustead Naval Shipyard tetapi daripada
segi amalan kewangan itu, dia tidak dalam kawalan keseluruhan kita. Oleh sebab itu
kalau kita lihat antara penambahbaikannya, kita meletakkan kembali Boustead Naval
Shipyard ini ke bawah Kementerian Kewangan itu sendiri supaya kawalan kewangan
itu boleh dibuat secara terus dan kewangan itu khusus untuk melaksanakan LCS ini
dan tidak pergi kepada mana-mana, tak pergi kepada mother company, tidak pergi
kepada entiti-entiti lain dan seumpamanya.
Jadi ini antara tujuan kita melaksanakan tanggungjawab ini. Adapun tadi
dibangkitkan tentang pendakwaan. Saya menyebut bahawa kita di Kementerian
Pertahanan sentiasa terbuka. Siasatan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab,
pihak berwajib dan macam tadi disebut seolah-olah langsung tiada pendakwaan, itu
tidak benar.
Pendakwaan berlaku cuma memang kita tidak puas hati kerana kita telah
membelanjakan sekian banyak, tetapi tidak – boleh dikatakan hasilnya belum dapat
kita lihat. Akan tetapi, kita di Kementerian Pertahanan memang sentiasa terbuka,
diulang oleh Yang Berhormat Menteri, oleh Yang Berhormat Rembau, diulang oleh
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tambun pada bulan April yang lalu. Jadi,
siasatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Kita di Kementerian Pertahanan akan sentiasa memberikan kerjasama
kerana bagi kita di samping kita memberikan keutamaan kepada penyiasatan ini
tetapi dalam masa yang sama, kita di Kementerian Pertahanan, teras utama kita
adalah untuk memastikan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia ini diberikan
keutamaan dan yang paling penting adalah kedaulatan negara kita itu menjadi
keutamaan kita di Kementerian Pertahanan.

Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Yang Berhormat
Menteri kata kepentingan Tentera Laut Diraja Malaysia diberi ke hadapan tetapi
masalah… [Pembesar suara dimatikan]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat, Yang Berhormat Tanah Merah, duduk. Yang Berhormat ikut peraturan,
saya akan benarkan. Silakan Yang Berhormat Muar.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua. Saya ingin bangkitkan Peraturan Mesyuarat 18(1), pada Jumaat, 2
Jun 2023, saya telah pun mengutuskan surat kepada Tuan Yang di-Pertua
berkenaan usul tergempar untuk membahaskan isu LCS ini secara mendalam. Saya
baru mendapat jawapan dari Pejabat Tuan Yang di-Pertua di mana usul ini ditolak.
Sebab yang diberikan adalah kerana tidak ada – ini bukan kepentingan orang ramai
dan ini bukanlah keperluan yang mendesak. Ini tertera di sini. [Sambil menunjukkan
senaskhah dokumen].
Saya ingin mohon perkara ini dipertimbangkan semula. Saya faham kalau ikut
Peraturan Mesyuarat 18(5), keputusan tidak boleh dibangkitkan semula. Cuma ada
budi bicaranya di mana jikalau tidak dibenarkan untuk dibicarakan di sini, boleh
dibawa ke Kamar Khas supaya isu ini dapat dijawab dengan lebih mendalam. Jikalau
kita ingin hanya luangkan lima minit untuk mendengar penjelasan, ini adalah perkara
yang sangat khusus dan spesifik.
Dahulu kita dengar kosnya RM6 bilion, RM9 bilion, baru minggu lepas kita
dengar tambah lagi RM2.1 bilion. Pada masa yang sama, jikalau ini bukanlah perkara
yang mendesak tetapi kerap dibincangkan daripada sebelum pilihan raya, semasa
pilihan raya, selepas pilihan raya, tidak ada pendakwaan tambahan, wang berbilion
ringgit telah dibelanjakan, satu kapal pun belum sampai dan sekarang jumlah kapal
pun telah dikurangkan.
Saya berharap Tuan Yang di-Pertua boleh mempertimbangkan selepas
perbincangan dengan Tan Sri Speaker kerana jelas isu LCS ini adalah isu mendesak,
isu rakyat melibatkan berbilion ringgit duit rakyat, isu kedaulatan dan keselamatan
negara. Keadilan tidak pilih bulu, tidak kira dalam kerajaan ataupun pembangkang.
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik]: Tuan Yang di-Pertua saya
menyokong usul ataupun cadangan daripada Yang Berhormat Muar, menyokong
penuh.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Yang
Berhormat Muar, di dalam Dewan ini kita terikat dengan peraturan. Jadi, apa yang
telah disebutkan oleh Yang Berhormat Muar boleh dibuat rayuan, peraturan pun ada,
17 di Kamar Khas, 18 – rujuk balik Peraturan 27(3), gunakanlah.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar]: Baik.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Ramli bin Dato’ Mohd Nor]: Saya percaya
Yang Berhormat, penggal kedua sudah ini, amat arif tentang perkara-perkara begini,
saya mohon buat rayuan mengikut peraturan sedia ada. Terima kasih.

Tuan Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman [Muar]: Terima kasih Tuan
Yang di-Pertua, rayuan akan saya utuskan.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment

Share
About Marhalim Abas 2335 Articles
Shah Alam

10 Comments

  1. So our nation have to wait till 2026 to have a combat ship and till that we have to do with obsolete ships and no good LMS to patrol our borders….

  2. Guna – “ till that we have to do with obsolete ships and no good LMS to patrol our borders….”

    Are “obsolete” ships inadequate for the task of peacetime patrol and keeping track of intrusions in the EEZ? Why are the LMSs “no good” for the task they perform? Do they have sensors that are inoperable and are they unable to put to sea?

    Perhaps put things in context rather than making generalised statements.,

  3. Azlan….yes the obsolete ships are unsafe and unworthy and that’s my opinion… And the LMS are still no good even they have every sensor working because without any weapons except the machine gun the ships are just no good.. Chinese knows the LMS are equipped with machine guns and they won’t even flinched when crossing our borders coz they know the LMS is just for show

  4. Azlan, have you seen the Chinese ships compared to ours? i can surely says ours are obsolete. Guna is right on this. I would even consider we have among the most obsolete navy in the world. I bet the Admiral would agree with me.

  5. Guna – ”yes the obsolete ships are unsafe and unworthy and that’s my opinion… ”

    In ”your opinion” but in reality they aren’t ”unsafe and unworthy”… In ”my opinion” you are flat wrong… Can you give an example of a RMN ship which deployed to sea but was ”unsafe and unworthy”? Are you conflating things and assuming that just because a ship’s old and obsolete that it’s also by default ‘unsafe and unworthy”?

    Guna – ” the LMS are still no good even they have every sensor working ”

    Stick to the script instead of going off tangent. For peacetime operational taskings they are adequate. If you want to talk about wartime scenarios even the LCSs might not be sufficient for the threat faced.

    Guna – ”the LMS is just for show’

    That statement shows you don’t know what you’re talking about. Research and ask around…

    Akmal – ”have you seen the Chinese ships compared to ours? ”

    I’ve been on the Shenzen when she was here years ago; have you? I’ve seen other PLAN ships up close in other countries. How many PLAN ships have you boarded?

    Don’t mean to be rude or condensending but if meaningful discussion is your intent then shoot the right calibre rather than talk like a clueless fanboy. Are we talking about wartime scenarios or peacetime ones? My statement was on peacetime, not wartime, scenarios.

    Guna – ”Chinese knows the LMS are equipped with machine guns and they won’t even flinched”

    This may be news to you but even if we had a 10,000 tonne destroyer with a 500 cell VLS the Chinese would still come; they tangle with the likes of the USN and JSDMF so what makes you think there’s anything we can do to make them flinch? Think… Also, we are in a peacetime situation; confronting ships which intrude into our EEZ; we’re not at war. If we were at war we could spend 20 billion a year but we’d still get buggered by China which spends much much more on us on the military; has a much larger economy and population; has a much more advanced tech/industrial base; etc.

    I would be the first to say [maybe you’re new here] that the RMN is under resourced and the ships we have and plan to get are modestly equipped and that the LMS Batch 1s should have been fully fitted out but saying our ships are ”unsafe and unworthy” is nonsensical. I actually know people who serve on them. Do you? If so, ask them and discover that what you’re saying is nonsense. Also, you need to make the distinction between peacetime and wartime taskings. Yes the main role of the RMN is to deter foreign threats but we are not at war and like all navies the RMN has peacetime taskings. If you want to discuss wartime taskings then make the distinction between that and peacetime taskings.

    Akmal – ” I would even consider we have among the most obsolete navy in the world.”

    All I can say is do some research instead of making dramatic and blanket claims but which are erroneous and reflect the fact that you need to think and indulge in some research. Also, did I say some of our ships weren’t ”obsolete”?

    Akmal – ”Guna is right on this.”

    Them by all means soak up all the facts he’s dispensing with.

    Akmal – ”I bet the Admiral would agree with me.”

    I ”bet” Humpty Dumpty might turn into Buzz Lightning and save the planet….

  6. Many missed it including me but Malaysia and Indonesia signed an agreement on the longstanding overlapping claims in the Sulawesi Sea and Straits of Melaka during Jokowi’s visit.

    Not realised by many; with focus these past few years on China and the South China Sea; is that at times thins really went ”hot” in Ambalat although it wasn’t reported. Similarly the unresolved sea boundary in the Straits of Melaka has been tense on a number of occasions; i.e. a Marhamiru intervened and stopped a Malaysia trawler from being towed back to Sumatra; a pintle mounted MG was pointed at a RMN helo which was trying to prevent a Malaysian trawler being towed; a RMN ship boarding a Indonesia trawler in which a crewman was hiding in the engine room clad only in his underwear; a RMN ship colliding with a TNI ship off Ambalat; a Jerong class FAC about to be fired upon by a former GDR Parchim corvette but which changed course before this could happen; etc.

    Let’s hope this agreement really leads to the maritime boundaries issue being resolved. To those who remember; many years Anwar said that Malaysian/Indonesian issues would be resolved if he was in charge.

  7. Azlan- many years Anwar said that Malaysian/Indonesian issues would be resolved if he was in charge.

    Well, let’s see how long he will last and whether or not it will resolved.

  8. Yes let’s see. Alas I lack a crystal ball but I hope the issue is finally resolved. As for whether he stays or leave; Im not particularly enamoured of him or any politician for that matter but I don’t want to see any more political uncertainty. .

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*