X

LCS Costs Is Higher, Part 2

The LCS major equipment detailed by RMN in 2016. RMN graphic

SHAH ALAM: As promised earlier, posted below are the full transcript of the speech by Defence Minister DSU Mohamad Hasan on issues of his ministry at Parliament on September 18. Based on the transcript, there is no need to fix the earlier post.

Mohamad in his speech spoke on various issues from the LCS, LMS Batch 2, the navy base in Sarawak (Mawilla 4) and others (LTAT and Bousteead as asked by parliamentarians during his speech.

The Minister did not say that the cost had gone higher than the one announced in May. However, when asked on whether the cost could go higher and whether there will be more supplementary contracts, Mohamad said he cannot make a firm commitment on future things.

Anyhow, even if the minister cannot say whether the cost will go higher (now currently at RM12.4 billion), Malaysian Defence is off the opinion that it will go higher as the current figure has not include the cost of procuring the MBDA MICA VL NG surface to air missile and the torpedoes. We have bought the launchers for the SAM and torpedoes, but we have not bought the actual ordnance, live or training rounds.

Of course, we could cheap out and not buy them but that would defeat the purpose of procuring the LCS themselves. The other way out to lessen the cost is to buy a small number of MICA missiles and torpedoes, just enough to confirm their integration with the CMS.

So let say, 12 MICA missiles, with at least ten fired from each five LCS with two more just in case we decided to finish the sixth ship (which will result in the cost going higher). Around ten torpedoes – three live rounds, three telemetry ones and three inert.

It must be noted that the LCS is fitted with twelve vertical launchers each so for the five ships we need to buy sixty missiles with another forty as reserves. Yes, I know more missiles are needed but I cannot see the funding for more.

J+S, now SEA torpedo launcher and handling system selected for the LCS.

As for the torpedoes, I have no idea how many are supposed to equip each LCS but let say ten for each ship which means a buy of around 100 torpedoes (including reserves). Again, I know we need to buy more as war reserves, but I doubt the bean counters will allow the RMN to buy more than the figure I mentioned above.
KD Kasturi launching a A244/S torpedo from her launcher (both taken from Laksamana class corvettes) during a training exercise at the Lumut naval base in November, 2017

It must be noted that I had previously wrote that the RMN had not decided to buy new torpedoes for the LCS preferring to use the ones in stock for them, initially. But I guess the delays in completing the project meant that option is no longer viable now.
A CGI of the SEA torpedo launcher. Any type of NATO lightweight torpedo could be used on the launcher.

The transcript:
Menteri Pertahanan [Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan]: Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu bagi pihak seluruh warga
Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya ingin mengucapkan terima
kasih dan penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap iltizam dan
jaminan beliau dalam sektor keselamatan dan pertahanan semasa pembentangan Kajian
Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan yang mulia ini pada 11 September
baru-baru ini. Antara inti pati ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ialah:
(i) melipatgandakan usaha untuk memperkasa dan memodenkan ATM
yang bertugas sebagai bentang keselamatan negara;
(ii) memperkukuh kesiapsagaan pertahanan melalui perolehan aset-aset
tambahan seperti kenderaan perisai, drone, LMS, helikopter, pesawat
tempur ringan dan lain-lain;
(iii) merombak sistem perolehan untuk menetapkan supaya perolehan aset
yang diperlukan ditentukan oleh kepakaran pihak tentera sendiri bagi
mengelakkan ketirisan dengan memastikan kebanyakan urusan
perolehan adalah menerusi pendekatan government to government
dengan negara-negara yang terlibat dan;
(iv) adalah mengoptimumkan kawalan keselamatan di sempadan melalui
beberapa projek seperti pembinaan baharu pos keselamatan ATM di
sepanjang sempadan Sabah dan Sarawak dengan Indonesia dan
pembangunan Pengkalan Tentera Laut di Bintulu, Sarawak.
Tuan Yang di-Pertua, suka saya memaklumkan pembentangan Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri tempoh hari adalah sejajar dengan keperluan semasa
pertahanan negara dan fokus utama Kementerian Pertahanan di bawah Rancangan Malaysia
Ke-12 hingga 2025 iaitu mempertingkatkan keupayaan aset dan fasiliti ATM, nombor satu.
Sebagai sebuah negara dengan dua wilayah daratan yang terpisah Tuan Yang di-Pertua,
serta terletak di tengah-tengah perairan strategik tentunya mempunyai kelebihan dan
cabarannya yang tersendiri. Oleh itu, keupayaan pertahanan serta tahap kesiapsagaan
pertahanan negara perlu ditingkatkan dan sentiasa berada pada tahap yang baik.
Bagi memastikan pelaksanaan operasi semasa dan masa depan sentiasa pada
tahap yang tinggi, khususnya keperluan melaksanakan operasi dua wilayah secara serentak.
Pembinaan kem-kem baharu telah dirancang termasuk di Johor, di Pahang, Sabah dan
Sarawak. Berdasarkan ancaman semasa dan terdapatnya kelompangan daripada aspek
keusangan aset, maka perancangan perolehan aset strategik perlu dilaksanakan.
Kedua, memperkukuhkan kawalan keselamatan dan meningkatkan penguatkuasaan
di sempadan dan perairan negara. Kedaulatan kesempadanan dan juga perairan negara
perlu sentiasa dipertahankan dan dipelihara daripada ancaman keselamatan tradisional dan
bukan tradisional. Pembangunan Pengkalan TLDM baharu iaitu Markas Wilayah Laut 4 di
Sarawak dilihat amat kritikal bagi memastikan kedaulatan dan keutuhan Wilayah Maritim
Sarawak yang mempunyai keluasan perairan yang lebih besar sentiasa terpelihara.
Kementerian juga komited untuk memperkasakan agenda pemantapan kawalan
sempadan negara melalui pembinaan pos kawalan sempadan baharu selain menaiktarafkan
pos kawalan keselamatan sempadan di Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung.
Ketiga, menerus dan menambah baik program kebajikan warga kerja pertahanan.
Salah satu fokus utama kementerian ini ialah bagi menjaga kebajikan dan kualti hidup
anggota ATM, veteran ATM dan warga awam kementerian melalui penyediaan kemudahan
perumahan yang selesa dan kondusif termasuklah kemudahan perumahan yang mampu
milik. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 Tuan Yang di-Pertua, Kementerian
Pertahanan telah merancang untuk menyiapkan 8,082 buah unit Rumah Keluarga Angkatan
Tentera (RKAT) melibatkan sebanyak 20 projek RKAT. Selain daripada itu, program Satu
Anggota Satu Rumah (SASaR) ATM juga diteruskan dengan melibatkan sebanyak 3,500
buah unit SASaR di Sungai Besi yang masih dalam pembinaan dan 50 peratus siap Manakala
7,374 unit di Kem Genting Klang dan Kem Wardieburn adalah dalam peringkat perancangan
Tuan Yang di-Pertua.
Keempat, memperkukuhkan kerjasama pertahanan dengan rakan strategik.
Diplomasi Pertahanan merupakan pendekatan utama bagi memperkukuhkan keselamatan
serantau serta kestabilan serantau serta mengurus cabaran keselamatan dengan rakan
strategik secara bersama.
■1540
Kementerian Pertahanan akan terus meneroka peluang kerjasama menerusi
pendekatan G2G dengan negara-negara berkepentingan bagi memperkukuhkan
perkongsian sedia ada serta menjalin kerjasama baharu yang memberikan kelebihan kepada
Malaysia.
Tuan Yang di-Pertua, seterusnya saya ucap terima kasih kepada sembilan orang
rakan-rakan Yang Berhormat yang mengambil bahagian di dalam perbahasan yang
bersangkutan dengan MINDEF iaitu rakan daripada Sik, daripada Pendang, Ketereh,
Machang, Tanah Merah, Kalabakan, Semporna, Lumut dan Saratok.
Tuan Yang di-Pertua, saya mohon untuk menjawab isu-isu yang telah dibangkitkan
ini dengan mendahulukan untuk menjawab isu-isu yang berkaitan dengan Rancangan
Malaysia yang Ke-12 terlebih dahulu.

Pertama berkaitan pertanyaan di bawah Rancangan
Malaysia yang Ke-12 perolehan aset LMS Batch 2. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat
Lumut telah bertanyakan tentang kaedah yang digunakan dalam proses perolehan LMS
Batch 2 sama ada melalui tender terbuka antarabangsa ataupun melalui kaedah perolehan
secara G2G Batch 2 ini. Jemaah Menteri telah pun bersetuju supaya perolehan kapal ini dilaksanakan
melalui pendekatan kerjasama kerajaan dengan kerajaan ataupun G2G dan rundingan dibuat
dengan syarat yang telah pun terpilih.
Bagi melaksanakan perolehan ini Tuan Yang di-Pertua, melalui pendekatan G2G
kajian pasaran telah pun dilaksanakan terlebih dahulu melibatkan semua syarikat yang
mengemukakan tawaran.

Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Menteri, minta soalan
hendak tanya sedikit. Terima kasih, Yang Berhormat Menteri. Bila disebut tadi saya hendak
dapat penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri berkenaan dengan konsep G2G ini apa
yang kita faham satu yang pertamanya negara mana? Kedua, kita tidak ada lagi. Bagi apa
yang saya faham, secara tender maknanya macam direct nego-lah G2G ini sebab kita sudah
pilih. Di situ dia ada kelompongan yang boleh kita— sorry to say, unhealthy practice ketika
antara G2G itu.
Oleh sebab itu, kita hendak kerajaan putuskan negara mana. Jadi, kita tahu bila
konsep G2G ini dilaksanakan. Selepas itu bagaimanakah jaminan aset-aset yang kita pilih ini
berdasarkan kepada G2G ini boleh menjamin sebab ini keselamatan negara, aset-aset
Kementerian Pertahanan ini. Jadi, saya rasa G2G ini bukan satu konsep yang memberi
jaminan terbaik dalam kaedah kita mendapat nilai-nilai aset dari segi nilai dan juga aset-aset
teknikal untuk pertahanan negara.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, berkenaan
dengan LMS ini G2G ini tender telah pun dibuat dahulu. Jadi, kita telah pun memberikan
penilaian kepada sembilan syarikat Tuan Yang di-Pertua yang telah pun membuat
pembidaan dan ia telah dinilai dan juga telah pun dibuat kajian oleh Jawatankuasa Penilaian
oleh pihak TLDM itu sendiri. Jadi, apabila pihak TLDM telah pun menilai dan telah pun tahu
apa model mana yang hendak dibeli, spesifikasi apa, daya combatant yang mana. Apabila ia
telah ditentukan oleh pihak user itu sendiri perkhidmatan itu sendiri maka rundingan G2G
akan dimulakan, Tuan Yang di-Pertua.
Jadi, ini dalam LMS ini kita telah pun membuat kajian-kajian tersebut oleh pihak
TLDM. Ada dua hingga tiga Jawatankuasa Penilaian. Apabila mereka telah pun menentukan
daripada sembilan pembida-pembida tersebut maka proses G2G akan dimulakan dan kita
akan membuat MoU dengan kerajaan tersebut dan kita daripada mana, syarikat yang mana
dipilih oleh kerajaan negara tersebut maka kita akan buat apa yang kita panggil sebagai
kontrak untuk kita pembinaan LMS tersebut. Jadi, maknanya Tuan Yang di-Pertua ialah
pembidaan itu ada tetapi apabila telah pun ditetapkan oleh pihak users ataupun perkhidmatan
maka proses G2G itu bermula, Tuan Yang di-Pertua. Jadi, itu caranya. Terima kasih.
Dekat mana saya tadi ya? Tuan Yang di-Pertua, bagi melaksanakan perolehan
melalui pendekatan G2G ini kajian pasaran telah pun dilaksanakan terlebih dahulu
melibatkan semua syarikat yang telah mengemukakan tawaran. Penilaian telah dibuat ke
atas semua cadangan syarikat tersebut yang diterima berdasarkan kriteria yang telah
ditetapkan oleh pengguna itu sendiri iaitu TLDM. Rundingan lanjut akan dibuat terlebih
dahulu dengan syarikat-syarikat yang melepasi tahap kelayakan. Seterusnya, syarikat yang
terpilih akan dirundingi secara G2G. Itu yang telah pun saya jawab tadi.
Tuan Yang di-Pertua, selain daripada itu Yang Berhormat Lumut juga meminta
penjelasan bagaimana kaedah perolehan G2G dilaksanakan oleh pihak kementerian. Untuk
makluman Dewan, proses G2G yang telah pun saya sebutkan tadi. Perolehan Aset Radar
Pertahanan Udara. Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Pendang telah membangkitkan
berkenaan tender antarabangsa bagi perolehan aset radar pertahanan TUDM yang
melibatkan Syarikat Thales serta mendakwa terdapat salah laku dalam proses perolehan aset
tersebut.
Tuan Yang di-Pertua, saya mengambil serius dakwaan Yang Berhormat Pendang ini
yang melibatkan integriti Kementerian Pertahanan dan saya akan tidak berkompromi dengan
perkara-perkara sebegini. Jadi, sekiranya kalau Yang Berhormat Pendang ada bukti-bukti
bawa kemukakan untuk kami minta pihak-pihak yang berwajib untuk menyiasat dan untuk
kita ambil tindakan, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Dewan…
Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Menteri, bila minta bukti
saya hendak jelaskanlah apa yang saya difahamkan saya dapat…
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Tulis surat hantar kepada…
Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: Tidak, tidak di sini sebab ini penting sebab
ini melibatkan keselamatan negara. Radar ini adalah pengawalan keselamatan negara. Jadi,
saya hendak tengok saya difahamkan ini radar untuk ruang udara di perairan Laut China
Selatan dan juga dipasang dan ditempatkan di Bintulu, Sarawak. Saya difahamkan adakah
betul pada 25 Mei yang lalu ketika LIMA berlaku, Kementerian Pertahanan telah
menyerahkan surat Letter of Intend, dengan izin dan juga surat perjanjian Letter of Agreement
kepada Syarikat Thales dari Perancis.
Di sini saya bagi buktilah, bila minta bukti. Seterusnya, pemilihan syarikat ini adalah
persoalan yang cukup besar kerana meragukan kerana syarikat ini pernah terpalit dengan
LCS, Thales ini. Seterusnya, syarikat ini juga didakwa terlibat dalam kontroversi Projek
STARStreak iaitu pembekalan sistem peluru berpandu pertahanan udara jarak dekat
pelbagai misi kepada Kementerian Pertahanan.
Jadi, seterusnya Syarikat Thales ini juga yang diberi saya sebut tadi Letter of Intend
dan juga Letter of Agreement. Syarikat Thales ini juga dilaporkan sedang disiasat oleh
Kerajaan Perancis berkaitan skandal rasuah bagi kontrak penyelenggaraan jet pejuang
Mirage 2000 milik Tentera Udara. Jadi, saya rasa adakah benar pemilihan Syarikat Thales
yang kontroversi ini telah dimuktamadkan tanpa melalui proses Jawatankuasa Perolehan
Kementerian Kewangan. Jadi, bila minta ini saya hendak dapat penjelasanlah. Insya-Allah
saya minta Menteri Pertahanan supaya ambil berat dan siasat kembali.
Seterusnya, saya difahamkan dokumen tender jelas menyebut bahawa produk
prototaip akan ditolak dan tidak boleh memasuki tender perolehan Kerajaan Malaysia. Akan
tetapi, sistem pertahanan jarak jauh yang ditawarkan oleh syarikat itu dikatakan— sama ada
saya benar kalau saya salah tolong betulkan, masih dalam fasa prototaip. Ini bukan perkara
kecil bila melibatkan keselamatan negara dan juga radar-radar pembelian aset-aset dengan
mudah itu saya tidak bincang teknikal dari segi band one to two yang dibekalkan yang di recommend kan oleh TUDM ataupun Airforce.
Kedua yang dibekalkan lebih daripada tiga, dia boleh mengganggu frekuensi band
radar kita ini sepertimana saya tidak mahu sebut negara yang telah memasang 4G dan 5G
ke atas ia boleh mengganggu. Akan tetapi yang dicadangkan oleh Airforce ini hanya satu
kedua-dua band frekuensi yang memang tidak akan dijamin tidak ada gangguan lagi.
Seterusnya, kita tengok adakah syarikat Thales ini yang diberi dikatakan pada 25 Mei
lalu telah ada elemen perjanjian yang telah mewujudkan transfer technologies ataupun
pemindahan teknologi kepada syarikat tempatan. Kalau ada, syarikat mana? Oleh sebab, kita
difahamkan introducer kepada Thales ini adalah Weststar. Weststar ini syarikat yang ada
helikopter, ada kapal terbang yang digunakan oleh tidak tahulah itu yang saya sebut dalam
ucapan saya – hidden agenda.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Okey, Yang Berhormat.
■1550
Jadi, saya harap dasar kerajaan lebih berwaspada dalam pemilihan syarikat-syarikat
antarabangsa yang terpalit dan Thales ini duduk tempat keempat dalam pemilihan tender
dengan harganya yang agak tinggi. Tempat yang pertama, yang kedua, yang ketiga dan yang
keempat ini Thales dan adalah lima buah syarikat yang telah disenaraikan untuk dimasukkan
sebagai penender. Sekian, terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, penilaian
dibuat oleh user. Maka apabila user telah pun memilih, Lembaga Perolehan akan memilih
syarikat mana yang telah pun ditetapkan oleh pihak user kerana kita ada pembahagian
bidang kuasa. Kalau kajian tentang teknikal itu ada tiga peringkat jawatankuasa teknikal Tuan
Yang di-Pertua. Apabila mereka telah pun memilih yang mana satu untuk mereka guna pakai
yang sesuai dan mereka melihat dan menilai apa sahaja aset yang hendak diperoleh itu,
maka pihak kementerian akan menilai daripada segi pihak kajian komersialnya pula iaitu
berkenaan dengan kontrak, berkenaan dengan offset program dan yang lain-lain. Insya-Allah
kita akan siasat apa sahaja masalah ataupun yang telah pun disebutkan oleh pihak Yang
Berhormat dari Ketereh tadi.
Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: Pendang, Pendang.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
: Eh dari Pendang. Minta maaf ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya]: Yang Berhormat Menteri, sedikit berkaitan
dengan user tadi. Kalau kita ikut pengalaman dalam konteks LCS, banyak isu yang
dibangkitkan. User nak lain, suddenly jadi lain. Jadi, saya mohon kali ini kita pastikan setiap
yang diperlukan oleh user itu benar-benar diperlukan oleh user tanpa ada sebarang campur
tangan lain. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Memang betul. Terima kasih Yang
Berhormat Putrajaya. Pihak user memang telah pun kita pastikan supaya apabila mereka
telah buat keputusan, itulah keputusan yang akan dibuat secara kontraknya oleh pihak
kementerian. Kita tidak akan menukar bahkan kita dalam masa LMS ini, kita bagi apa yang
orang katakan freehand kepada TLDM untuk memilih daripada sembilan buah negara,
sembilan buah syarikat yang telah pun mengukuhkan tendernya termasuk dari Belanda, dari
Afrika Selatan, dari Itali, dari Jerman dan juga Turki. Ini, mereka yang akan buat penilaian.
Apabila penilaian dibuat, ia terdiri daripada tiga peringkat jawatankuasa penilaian,
maka mereka punya fungsi telah tamat. Maka itu akan dibawa kepada kementerian untuk
kementerian pula membuat penilaian berkenaan dengan aspek perniagaan ataupun aspek
komersialnya, Insya-Allah.
Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: Yang Berhormat Menteri, tadi saya sebutkan
tadi ini sebab Thales ini, saya sebut di negara dia sendiri di Perancis dan dia ada kontroversi
di negara India yang dia tak boleh masuk sampai sekarang disebabkan corruption. Ini
disiarkan oleh media antarabangsa dan dia juga dah ada rekod dengan negara kita iaitu rekod
kontroversi dia dengan LCS. Kenapa kita masih lagi memilih syarikat-syarikat yang ada black
record ini yang mana ini melibatkan pertahanan negara dan juga kos yang mana kalau
keseluruhannya hampir half a billion.
Ini satu jumlah yang besar, duit rakyat kita belanja untuk jaga keselamatan negara
tetapi kita bagi kepada sebuah syarikat yang memang tak viable lah senang, yang ada
masalah di negara-negara luar tetapi kenapa kita bagi lagi sedangkan kita ini bab LCS pun
belum siap dan la ini yang terbaru, sebuah kapal Laut China Selatan 800 juta kali dengan lima.
Berapa dah situ? Berapa bilion dah kita habis untuk LMS ini? Jadi, LCS dahulu pun kita tak
selesai lagi. Kita tak mahu lagi jadi LCS yang kedua, isu radar yang kita akan pasang di
Bintulu dan mengawal Laut China Selatan. Jadi, LCS yang kedua menyebabkan syarikat
yang sama juga terlibat. Jadi, kita tak ambil berat, tak ambil perhatian tentang apa yang
berlaku ini.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Terima kasih Yang Berhormat
Pendang. Kita akan ambil perhatianlah ya berkenaan dengan dakwaan penyalahgunaan
ataupun pendakwaan terhadap syarikat tersebut. Jika ia benar, maka kita akan mengambil
tindakan yang sewajarnya. Insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan mengukuhkan keselamatan sempadan
Sabah dan Sarawak serta Kalimantan. Yang Berhormat Kalabakan telah membangkitkan
kesan pembukaan Kota Nusantara, Indonesia ke atas aspek keselamatan terutamanya di
Kalabakan serta mencadangkan ditingkatkan keselamatan sempadan darat dan laut di
Kalabakan dengan pos-pos kawalan, aset-aset persenjataan dan teknologi yang
berkeupayaan.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, di bawah RMKe-12, Kementerian
Pertahanan telah merancang pembinaan 22 pos baharu di kawasan tanggungjawab yang
bersempadan dengan Kalimantan bermula daripada tahun 2020 hingga tahun 2025.
Sehingga Ogos 2023, 10 buah pos telah siap dibina dan telah beroperasi sepenuhnya. Untuk
kawasan Kalabakan khususnya Operasi Belasah yang dilaksanakan oleh tentera darat, lima
buah pos dirancang untuk dibina dan sehingga kini, dua buah pos telah siap dibina dan
beroperasi sepenuhnya manakala baki tiga lagi pos akan siap dibina secara berperingkat
mengikut jadual sehingga tahun 2025.
Tuan Yang di-Pertua, bagi pertanyaan Yang Berhormat Semporna berkenaan
perolehan interceptor boat bagi digunakan di kawasan perairan terutamanya di kawasan
Pantai Timur Sabah, suka saya memaklumkan pada masa ini, Angkatan Tugas Bersama 2
yang dipertanggungjawabkan melaksanakan Ops Pasir mempunyai 29 buah bot ATM dan 20
buah bot sewaan secara government operate company own and maintenance (GOCOM)
yang beroperasi dari Kudat sehingga ke Tawau.
Daripada jumlah itu, sebanyak 24 buah bot adalah merupakan bot tempur
(interceptor) yang berupaya melaksanakan misi pintasan jika diperlukan. Kementerian juga
sedang mempertimbangkan penambahan 26 buah bot lagi secara kaedah GOCOM. Jumlah
ini dilihat berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab bagi memelihara
kedaulatan dan keselamatan Pantai Timur Sabah. Kita sekarang Tuan Yang di-Pertua, kita
tak beli tetapi kita sewa, government operate but own by company.
Pembinaan Markas Wilayah Laut Ke-4 Wilayah Bintulu. Tuan Yang di-Pertua,
pembangunan Markas Wilayah Laut Ke-4 di Bintulu, Sarawak telah dibangkitkan oleh Yang
Berhormat Saratok. Sebagai makluman Dewan yang mulia ini, sidang Majlis Keselamatan
Negara telah pun memperakukan keperluan penubuhan MAWILLA 4.
Pembangunan MAWILLA 4 dirancang untuk dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa
Pertama merangkumi proses perolehan tanah seluas 200 ekar di kawasan Samalaju
Industrial Park, Tanjung Bogam, Bintulu dan Fasa Kedua ialah pembangunan Pangkalan
MAWILLA 4 yang melibatkan pembangunan infrastruktur laut dan rumah keluarga.
Permohonan rasmi serta skop dan keperluan pembangunan MAWILLA 4 sedang
dimuktamadkan oleh kementerian sebelum dimajukan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS) Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya.
Tuan Yang di-Pertua, langkah membangunkan MAWILLA 4 di Bintulu adalah
sebahagian daripada usaha untuk memperkukuhkan kawalan keselamatan perairan negara
di Medan Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Pemilihan Bintulu untuk menempatkan MAWILLA
4 ini adalah berdasarkan lokasi strategik daripada segi kedudukan dan pemusatan operasi
maritim di Laut China Selatan serta bagi meningkatkan pengawasan Zon Ekonomi Eksklusif
negara seperti Beting Patinggi Ali.
Buat masa ini Tuan Yang di-Pertua, pangkalan TLDM yang terhampir dengan Beting
Patinggi Ali ialah pangkalan TLDM di Kota Kinabalu di Teluk Sepanggar. Misalnya pada
kelajuan 12 knot, kapal-kapal TLDM dari Teluk Sepanggar akan mengambil masa 19 jam
untuk sampai ke Beting Patinggi Ali berbanding dengan hanya sembilan jam dari Bintulu pada
kelajuan yang sama, Insya-Allah. Melihatkan kepada keperluan kritikal penubuhan MAWILLA
4 ini, kementerian akan memberikan komitmen yang padu dan merealisasikan pertimbangan
pembangunan ini yang jelas mempamerkan kesungguhan Kerajaan Persekutuan terhadap
keselamatan perairan di negeri Sarawak.
Pembinaan rumah keluarga ataupun rumah angkatan tentera dan poliklinik ATM.
Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Ketereh telah membangkitkan isu kebajikan anggota
tentera dan veteran ATM yang melibatkan aspek rumah keluarga angkatan tentera dan
poliklinik dan berpandangan perlu lebih banyak RKAT dan poliklinik diwujudkan bagi
menangani isu perumahan serta memudahkan rawatan kepada anggota tentera serta veteran
ATM.
■1600
Saya menyambut baik pandangan dan cadangan Yang Berhormat Ketereh agar
kementerian meningkatkan jumlah pembinaan RKAT dan poliklinik. Memang saya akui,
sehingga kini masih terdapat kekurangan untuk keperluan rumah-rumah RKAT ATM ini.
Sehingga kini Tuan Yang di-Pertua, sebanyak 4,752 buah unit RKAT yang melibatkan 12
projek perumahan telah berjaya disiapkan serta diduduki sejak tahun 2018 dengan anggaran
kos melebihi jumlah RM1 bilion. Manakala sebanyak 11 projek RKAT lagi sedang dalam
pembinaan melibatkan 3,307 unit RKAT dengan anggaran kos berjumlah RM1.5 bilion.
Sebanyak dua projek RKAT lagi masih di peringkat proses perolehan yang melibatkan
pembinaan 759 unit rumah.
Kementerian merancang untuk membina 12,733 unit RKAT dari tahun 2023 sehingga
tahun 2030. Pelaksanaan perancangan pembangunan RKAT ini akan bergantung kepada
keupayaan kewangan kerajaan semasa. Kementerian memohon supaya kerajaan pusat
memberikan keutamaan peruntukan sewajarnya kepada Kementerian Pertahanan agar
perancangan ini menjadi realiti dan kelestarian warga kerja pertahanan terpelihara.
Tuan Yang di-Pertua, berkaitan poliklinik ATM. Poliklinik Penrissen Sarawak telah
mula beroperasi pada bulan April 2022 manakala empat buah poliklinik dalam pembinaan
iaitu Poliklinik Sungai Petani akan siap hujung tahun, Poliklinik Seberang Takir, Terengganu
akan siap 2025, Poliklinik Kluang dijangka siap tahun 2025 dan Poliklinik Kuantan dijangka
siap pada tahun 2025.
Keempat-empat buah poliklinik ini kelak akan dapat memberikan perkhidmatan
kesihatan bukan sahaja kepada anggota tentera tetapi turut meliputi ahli keluarga dan veteran
ATM termasuk penduduk di kawasan sekitar.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Yang Berhormat
Menteri, boleh kami dapat penjelasan berhubung dengan LTAT dan Boustead?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Saya akan …
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Baik, silakan.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Saya akan sentuh. Panjang. Tuan
Yang di-Pertua, perolehan aset Littoral Combat Ship (LCS). Tuan Yang di-Pertua, dua Ahli
Yang Berhormat telah membangkitkan mengenai isu perolehan aset Littoral Combat Ship
(LCS) iaitu Yang Berhormat Sik dan Yang Berhormat Tanah Merah.
Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan perkembangan terkini pembinaan LCS
seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Sik, seperti yang telah saya jawab di Dewan
yang mulia sebelum ini, Kementerian Pertahanan telah pun membentangkan kertas
cadangan penerusan projek LCS ini kepada Jemaah Menteri pada 19 April 2023 yang lalu
dan Jemaah Menteri telah bersetuju supaya projek ini diteruskan. Setelah terhenti sejak tahun
2019, rancangan pembinaan LCS telah dimulakan semula mulai 26 Mei 2023. Untuk fasa
pertama ini, tumpuan adalah kepada pemindahan pemilikan saham Boustead Naval Shipyard
Sdn. Bhd. kepada syarikat milikan Kementerian Kewangan dan rundingan penyambungan
tempoh kontrak BNSSB dengan pihak OEM dan vendor.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, share sales agreement antara Ocean
Sunshine Berhad iaitu milik penuh Menteri Kewangan diperbadankan dengan tiga pemegang
saham Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNSSB), ‘……..’ Industry Berhad dan Lembaga
Tabung Angkatan Tentera telah ditandatangani pada 18 Ogos 2023.
Manakala bagi rundingan dengan pembekal peralatan utama iaitu OEM dan vendor,
sebanyak 57 kontrak yang dikategorikan dalam critical path telah dirunding dan mencapai
persetujuan.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat Menteri,
masih banyak hendak jawab?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Banyak.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Mohon.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Saya bagi masa
tambahan 10 minit.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Minta setengah jam lagi. Berapa?
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: 10 minit.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: 10 minit sahaja.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ini isu pertahanan udara
10 minit tidak cukup Tuan Yang di-Pertua. Minta tambahlah 20 minit.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Sila duduk.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ya.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: [Ketawa]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Berdasarkan perancangan aktiviti
fizikal pembinaan kapal LCS akan dimulakan pada minggu keempat bulan ini, September
2023. Turut membangkitkan isu LCS ini adalah Yang Berhormat Tanah Merah yang telah
bertanyakan beberapa soalan merangkumi threshold line atau pun garis amaran terakhir
yang ditetapkan oleh kementerian sebagai tindakan pengakhiran bagi kementerian
mengisytiharkan projek LCS ini gagal. Rasional kerajaan tambah kos syiling kepada RM11.2
bilion, isu detail design dan cadangan alternatif pembinaan LCS.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kementerian Pertahanan sememangnya
memberikan tumpuan sepenuhnya dalam melangkah ke arah ke hadapan bagi memastikan
projek LCS ini dapat disiapkan mengikut jadual berdasarkan kontrak tambahan ataupun
supplementary agreement yang keenam yang telah ditandatangani pada 26 Mei 2023.
Oleh itu, izinkan saya menjawab soalan Yang Berhormat secara keseluruhannya
memandangkan ia berkait antara satu sama lain. Perjanjian tambahan atau supplementary
agreement keenam menetapkan check point yang perlu dipatuhi dan dipenuhi oleh BNSSB
dalam tempoh kontrak di mana check point ini merupakan threshold line yang akan dipantau
oleh kerajaan dan akan menjurus kepada hak kerajaan kepada penempatan. Antara contoh
check point ialah setelah penyiapan detail design oleh pihak BNSSB
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Yang Berhormat Menteri,
saya mencelah. Terima kasih. Sekarang ini Yang Berhormat Menteri maklum the last
perjanjian kontrak tambahan yang keenam tetapi saya ingin tahu. Apakah boleh bagi jaminan,
no more lagi kontrak tambahan. Apakah akan ada lagi selepas ini kontrak tambahan ketujuh,
kelapan dan kesembilan? Oleh sebab saya tidak nampak BNSSB ini serius untuk siapkan.
Ini pada hemat saya. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Saya tidak dapat hendak bagi
sama ada, ada atau tidak lagi. Itu jangka masa depan tidak dapat. Akan tetapi kita akan
pantau supaya projek ini akan mengikut threshold ataupun mengikut dipanggil sebagai
threshold line. Kita ada hak untuk menamatkan projek ini. Itu kalau tidak ditamatkan ataupun
dibuat dalam jangka masa yang telah pun dipersetujui dalam kita punya supplementary
agreement yang keenam. Sekarang …
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: [Bangun]
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Sedikit tambahan Yang
Berhormat Menteri, mencelah sedikit ya. Yang Berhormat Menteri sudah maklum
bahawasanya mungkin akan mula pada September. Ini sudah bulan September, adakah
mereka sudah mula? Kalau mereka tidak mula juga by the end this month macam mana?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Bukan tidak boleh mula Tuan
Yang di-Pertua, dia boleh mula tetapi kerana terdapatnya isu-isu untuk kita bersetuju dengan
vendor, bersetuju dengan pihak-pihak yang lain terutamanya dengan pihak yang mempunyai
hak design tersebut.
Sekarang ini semua kita sudah muktamadkan. Oleh sebab itu maka saya sebut tadi
ia akan bermula pada minggu keempat bulan September. Sekarang semuanya sudah pun
kita selesaikan, persefahaman dengan semua vendor, persefahaman dengan OEM. Bahkan
kita sudah tidak ada lagi orang tengah. Sekarang ini boleh bayar terus kepada OEM. Paling
penting sekali ialah hak milik, IP atau intellectual property design tersebut yang dipunyai oleh
Naval Group Malaysia Sdn Bhd . Naval Group Malaysia Sdn Bhd telah pun bersetuju dan
sekarang design, kalau hendak katakan detail design sudah tahap 94 peratus. Ini akan kita
teruskan dan ia mesti dapatkan keputusan daripada Naval Group Malaysia Sdn Bhd ini dalam
masa 16 bulan Tuan Yang di-Pertua.
Saya yakin dengan persetujuan pihak Naval Group Malaysia Sdn Bhd untuk
bersama-sama meneruskan projek LCS ini, saya yakin tidak ada apa-apa halangan lagi
insya-Allah yang akan dapat mengganggu penerusan projek pembinaan LCS ini Tuan Yang
di-Pertua.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Yang Berhormat
Menteri, saya hendak tanya penjelasan berkenaan dengan peranan MOF yang kini
menanggung hutang LCS ini selepas dipindahkan. Berapa agaknya bayaran suntikan dana
yang MOF terpaksa keluarkan untuk menanggung pembinaan LCS yang kini sedang
dirancang? Berapakah jangkaan bayaran akan datang daripada MOF juga?
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Seperti yang telah diketahui, kita
telah umumkan bahawa projek ini ada penambahan kos daripada RM9.1 bilion kepada
RM11.2 bilion. Itu pun penambahan Tuan Yang di-Pertua bukan kerana penambahan apaapa. Ini kerana semasa kita buat dahulu, perjanjian itu tidak ada surface-to-surface missile,
belum lagi diputuskan, belum ada lagi decoy system belum diputuskan dan yang lain-lain
.
■1610
Jadi tambahan tersebut adalah merupakan tambahan untuk kita beli non-reoccurring
punya kos. Jadi RM11.2 bilion itu telah pun merangkumi kos-kos yang lain. Lain-lain itu masa
depan saya tidak dapat beri jaminan ataupun tidak dapat bagi jawapan Tuan Yang di-Pertua,
insya-Allah. Projek ini sekarang di bawah pantauan Kementerian Kewangan (MOF) tetapi
projek itu masih lagi ownership-nya adalah Kementerian Pertahanan dan kedua-dua Ketua
Setiausaha, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan Ketua Setiausaha (KSP)
Perbendaharaan merupakan sebagai project coordinator atau pengerusi bersama yang
memantau agar projek LCS ini akan dapat disiapkan mengikut masa yang ditentukan. Dia
punya TO time-nya adalah pada September atau minggu keempat September 2023 ini, insyaAllah. Bulan inilah, bulan ini.
Tuan Yang di-Pertua, pada masa yang sama saya sudah sebut ini tadi.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Boustead Yang
Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Tidak ada. Lagi sedikit. Tiada
masa. Hendak terus pergi Boustead ya.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Tidak apalah, sementara
Yang Berhormat Menteri mencari ini. Yang Berhormat Menteri sebut tadi fasal detail design
94 peratus. Sebab apa Yang Berhormat Menteri, saya kasihan. Saya tahu Yang Berhormat
Menteri mewarisi masalah skandal ini sebab Yang Berhormat Jelutong sahabat saya pun
kata ini skandal. Jadi, saya harap sangat janganlah kita letakkan keperluan mendesak BNS
yang hendak dapat kontrak tambahan, hendak dapat kontrak ꟷ yang mana kita sudah bagi
peluang kepada mereka berkali-kali yang sudah terbukti BNS ini sudah gagal. Yang menjadi
mangsa pada kita ialah hari ini adalah TLDM dan negara juga, bukannya syarikat BNS.
Jadi mengenai tentang design 94 peratus, bererti tidak 100 peratus. Kalau 94 peratus,
bererti masih lagi tidak ada jaminan ia boleh siap sebab saya rasa kalau 94 peratus, bererti
ada enam peratus lagi design tidak siap. Bila design tidak siap ini, maka BNS tidak boleh
siapkan kapal tanpa kebenaran yang enam peratus lagi. Ini kebimbangan saya. Terima kasih
Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, yang enam
peratus itu tidak merupakan apa yang dipanggil sebagai design yang genting ataupun yang
mustahak. Ia merupakan enam peratus itu atas permukaan air sahaja. Yang design di bawah
permukaan air, semua sudah siap. Jadi yang enam peratus ini ia tidak penting sangat kerana
ia merupakan design deck dan juga yang lain yang atas air, atas permukaan air ya. InsyaAllah.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Ini celahan saya yang
terakhir Yang Berhormat Menteri. Walaupun orang kata enam peratus itu yang non-critical
ataupun Yang Berhormat Menteri sebut non-critical area tetapi still tidak lengkap 100 peratus.
Kemudian yang kapal ini saya tahu ia bukan atas permukaan air, ia duduk tepi laut. Apabila
tepi laut ini, kata hendak siap September – bila duduk tepi laut ini, saya pasti ada yang sudah
karat.
Contohnya LCS 1, mesti besi kapal itu sudah berkarat oleh kerana saya tahu
pengalaman kereta import daripada UK atas kapal, apabila sampai karat. Apatah lagi ini
sudah lama, tersadai. Selepas itu dengan wayar yang berkilo-kilo panjangnya, saya tidak tahu
mungkin ada tikus gigit wayar itu. Itu semua kemungkinan-kemungkinan. Ini akan
menyebabkan kos lagi naik berlipat-lipat ganda. Terima kasih.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua, mari kita
berdoa bersama-sama supaya tikus tidak gigit talian tersebutlah ya. [Ketawa] Tidak bolehlah
saya hendak jawab apa-apa.
Berkenaan dengan Boustead, penjualan saham Boustead Plantations ataupun
rancangan penstrukturan Boustead Plantations Tuan Yang di-Pertua. Sebagaimana semua
sedia maklum, LTAT, Boustead Holdings Berhad dan Kuala Lumpur-Kepong Berhad telah
pun mengumumkan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik berhubung dengan
Boustead Plantations pada 24 Ogos 2023 baru-baru ini. Semenjak pengumuman itu, pelbagai
desas-desus telah dibangkitkan di media sosial dan banyak mengelirukan rakyat. Oleh itu,
saya ingin mengambil peluang ini untuk saya memberikan penerangan dua isu utama.
Isu penjualan Boustead Plantations (BPlant) oleh LTAT dan isu proses penjualan
BPlant oleh LTAT yang dikatakan tidak telus. Isu penjualan BPlant oleh LTAT. Pertama sekali,
kerjasama strategik ini tidak melibatkan penjualan syarikat BPlant secara keseluruhannya. Ia
hanya melibatkan separa jualan saham sahaja iaitu 33 peratus LTAT. LTAT dan Boustead
anak milik penuh syarikat LTAT masih berpeluang menjadi antara pemegang saham utama
BPlant selepas transaksi tersebut.
Daripada segi perspektif LTAT, penjualan separa saham ini perlu dilaksanakan Tuan
Yang di-Pertua dengan segera kerana ia bertujuan untuk membolehkan masalah aliran tunai
dan penyelesaian hutang Boustead dilaksanakan sebelum tahun kewangan berakhir 31
Disember 2023. Ini adalah mustahak bagi mengelakkan daripada Boustead menjadi muflis
sekiranya hutang tidak dilangsaikan pada masa yang ditetapkan. Kerjasama strategik ini juga
berpotensi mewujudkan penambahan nilai yang tinggi kepada LTAT dan Boustead kerana
mereka diberikan hak keutamaan untuk membangunkan dua buah ladang seluas 1,800 ekar
dengan nilai pembangunan kasar (GDV) lebih kurang RM8 bilion selepas penstrukturan ini
nanti.
Kedua, daripada segi perspektif Boustead Plantations, meskipun syarikat
mencatatkan keuntungan Tuan Yang di-Pertua selama ini, namun keuntungan-keuntungan
yang diperoleh oleh BPLANT itu pada beberapa tahun kebelakangan ini dijana oleh penjualan
ladang dan peningkatan luar biasa harga kelapa sawit (CPO) pada baru-baru ini. Oleh kerana
itu, BPLANT memerlukan sumber dan kedudukan kewangan yang lebih kukuh untuk
memulakan penanaman semula. Ini memandangkan hampir 49 peratus daripada ladangladang yang ada dalam Boustead Plantations telah pun berusia melebihi 20 tahun dan perlu
dibuat penanaman semula.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: [Bangun]
Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: [Bangun]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya]: [Bangun]
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Untuk pengetahuan, disebabkan
oleh ini ladang-ladang di Boustead Plantations mencatatkan hasil buah tandan sawit mentah
ataupun fresh fruit bunches (FFB) yang terendah dalam industri kelapa sawit iaitu 13.3 tan gil
per hektar kalau dibandingkan dengan ladang-ladang lain melebihi 20 tan sehektar. Ramai
yang dah bangun. Siapa yang hendak tanya?
Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Pertama sekali, saya mendengar penjelasan Yang Berhormat Menteri tadi menggambarkan
seolah-olah pegangan saham itu turun daripada 67 peratus, tinggal 34 peratus seolah-olah
tidak ada apa. Maknanya ada lagilah saham daripada 67 peratus, tinggal 34 peratus. Sebagai
seorang korporat sebelum ini, tentunya Yang Berhormat Menteri faham bahawa pegangan
majoriti Boustead Plantations itu, LTAT dalam Boustead Plantations 67 percent ini satu
pegangan yang signifikan.
Yang Berhormat Menteri tentunya sedar bahawa pegangan ini berkaitan dengan
pegangan seluas lebih 240,000 ekar tanah Boustead Plantations. Ini merupakan satu perkara
yang kena lihat. Kita boleh bercakap tentang kapitalis hendak cari harga paling mahal, boleh.
Akan tetapi kita perlu ingat semangat di sebalik tanah-tanah ini diusahakan oleh Boustead
Plantations untuk satu tempoh yang panjang. Jadi kalau hendak cari jalan mudah ꟷ bila tidak
selesai urusan kewangan syarikat, maka perlu dijual aset-aset ini. Saya rasa itu bukan satu
pendekatan yang baik. Jadi kalau kita lihat…
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Ringkaskan.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya]: Akta Lembaga Tabung Angkatan Tentera itu,
Yang Berhormat Menteri sendiri boleh memberi apa-apa arahan selagi mana dalam konteks
akta itu dan juga lembaga pun boleh kemukakan kepada Yang Berhormat Menteri untuk
dibincangkan. Jadi kuasa Yang Berhormat Menteri ada di sini.
Saya ingin menyentuh kenyataan Yang Berhormat Menteri pada 13 Julai; “…langkah
mayat saya dulu sebelum beli Pharmaniaga”. Kenapa tidak buat kenyataan yang sama,
“langkah mayat saya dulu sebelum beli Boustead Plantations”. [Tepuk] Ini merupakan satu
kepentingan. Ya, saya setuju kita boleh bercakap macam-macam dari sudut korporat. Macam
tadi Yang Berhormat Menteri sebut tidak kisah daripada 67 peratus, tinggal 34 peratus masih
ada tetapi bukan lagi menjadi milik Boustead Plantations. Ini merupakan satu perkara yang
penting dan kita bercakap tentang pemilikan bumiputera, kita bercakap tentang kesan jangka
panjang kepada askar-askar, tentera-tentera, bekas-bekas tentera kita.
Ini merupakan satu jumlah pemilikan tanah yang amat besar, land bank yang amat
besar. Apabila sudah turun bawah 50 peratus, tidak menjadi lagi sebahagian daripada
pemegang utama LTAT. Jadi mohon Yang Berhormat Menteri, kalau dulu Yang Berhormat
Menteri kata; “langkah mayat saya dulu sebelum beli Pharmaniaga”, saya mohon dalam
konteks Boustead Plantations ini, Yang Berhormat Menteri pula demi askar kita sebut;
“langkah mayat saya dulu sebelum beli Boustead Plantations”. Terima kasih Yang Berhormat
Menteri.
Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: Saya hendak tambah sedikit Yang Berhormat
Menteri, tadi masalah pegangan saham. Dia telah didedahkan dalam media, 67 percent
minus out 33 percent, plus one percent dengan izin, tinggal lagi 33 percent. Di public issue,
ada 33 percent. Sekarang ini KLK akan menguasai, apabila dia dapat 34 percent sebab itu
33 plus one percent, jadi 34 percent dengan izin.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Ringkaskan.
■1620
Datuk Awang bin Hashim [Pendang]: Jadi, apabila macam itu, siapa yang
hendak— bukan pegangan saham ini. Kalaulah ini berlaku, Boustead Plantation sudah tidak
ada say lagi. They can buy at anytime, public issue in the market. Lagi 10 percent, 20 percent.
So kita harap jangan juallah. Ini sebab untuk yang rugi ini Boustead bukan, Boustead
Plantation. Kenapa hendak jual? Ini sebab Boustead Plantation ini dapat tanah kerajaan free,
percuma. Hasil daripada veteran-veteran, LTAT dan juga saham-saham yang ada dalam
pencen tentera semua dimasukkan di situ. Jadi saya harap, jangan juallah sebab Boustead
Plantation tidak rugi.
Walaupun contingency plan, jual dapat untung itu bukan melalui sistem korporat.
Contingency pelan ini sudah ada. Kalau berlaku kenaikan harga ketika meletupnya harga,
kita sudah ada dan kita akan plan another— apabila harga turun, macam mana kita facing
the problems. That is corporate punya mindset. Akan tetapi, kalau hendak jual, hendak dapat
untung, hendak tampung rugi, itu bukan korporat. Mintalah pasal apa, Menteri Pertahanan
pun bekas korporat juga. Jadi, kena fikir cara korporat supaya benda ini hak usahawan
bumiputera ini dipertahankan. Jangan jual. Terima kasih.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Ya. Yang
Berhormat Menteri. Saya sebagai anak muda dalam Parlimen berasa bersimpati dengan
Yang Berhormat Menteri kerana terpaksa menanggung legacy issues of political abuse and
rampant mismanagement dalam LTAT.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Ringkaskan soalan.
Masa sudah tamat.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Jadi Yang
Berhormat Menteri. Takkan— sampai bila kita hendak tolerate benda ini? Masa depan. Saya
malu sebagai orang Melayu, syarikat yang menjaga kepentingan orang Melayu, majoriti
Melayu, yang buat masalah orang Melayu, yang menguruskan orang Melayu. Selepas itu dok
jual pada orang Cina. Di mana maruah kita? Takkan tidak ada syarikat Melayu yang mampu?
Kita ada PNB, Sime Darby. Tradewinds offer juga tawaran tetapi kenapa ditolak? Kami
perlukan penjelasan daripada Yang Berhormat Menteri dalam hal ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat Menteri.
Masa sudah tamat. Sila gulung.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Sedikitlah. Saya kena jawab. Dia
belum sampai lagi ke tahap kelulusan pihak Menteri ya. [Ketawa] [Dewan riuh] [Tepuk]
Malangnya Tuan Yang di-Pertua, malangnya Tuan Yang di-Pertua, mayat saya ada satu
sahaja. [Ketawa] Sebenarnya untuk menjawab Yang Berhormat Machang, pembidaan itu
telah dibuka dua atau tiga bulan. Pihak Sime Darby, pihak Tabung Haji, pihak Tradewinds ,
pihak FGV, semua telah pun dijemput. Ada 15 jemputan kepada pihak-pihak yang
berlatarbelakangkan perladangan. Malangnya ada banyak yang tidak mahu mengambil
bahagian dan ada yang mengambil bahagian— Tradewinds mengambil bahagian tetapi
cadangannya itu amat rendah.
Kita— pihak bukan kita. Pihak Boustead, dia sebagai syarikat akan menilai pembida
yang lebih tinggi. Ini kerana mereka memerlukan RM800 juta tahun berakhir ini dan
memerlukan RM1.7 bilion untuk redeem membayar Islamic medium term note. Jadi. Perlu.
Akan tetapi pihak kementerian, saya akan berunding dengan pihak Menteri Kewangan, cara
yang terbaik untuk kita mengurus fasa ini. Fasa di mana Boustead memerlukan dana untuk
mereka membayar hutang-hutang. Ini kerana kalau ini tidak dilakukan Tuan Yang di-Pertua,
yang akan menjadi masalahnya nanti ialah LTAT.
LTAT kalau Boustead ini nanti jatuh muflis, kerana LTAT telah meletakkan 50 lebih
peratus dia punya pelaburan di dalam satu basket iaitu di Boustead. Ini bukan merupakan
suatu perkara yang baik kerana LTAT adalah merupakan dana persaraan. Ia bukan dana
atau pun strategic company untuk memegang aset. Kalau dana persaraan, ia tidak boleh
memegang lebih daripada— paling banyak pun 15 peratus. Mesti ada aset kecairan tetapi
aset kecairan LTAT sekarang ini tidak sampai 20 peratus. Kalau ada apa-apa berlaku, LTAT
akan menjadi masalah.
Jadi apa yang hendak kita lakukan? Kita hendak rungkai, to unlock the value aset
yang ada. Caranya macam mana? Itu biar Boustead buat dahulu, kemudian kita akan
pertimbangkan cara yang terbaik, mengambil kira pandangan-pandangan yang disebut oleh
rakan-rakan Yang Berhormat tadi. Ini kita ambil pandang kira.
Saya Tuan Yang di-Pertua, sedang berunding dengan MOF cara yang terbaik untuk
kita keluar daripada kemelut ini iaitu yang pertama ialah untuk kita pastikan supaya aliran
tunai Boustead ini dapat diperbaiki dan boleh membayar dividen yang baik kepada LTAT.
Kita buat ini— daripada paper yang saya baca, Tuan Yang di-Pertua, adalah untuk kebaikan
LTAT. Ini kerana apabila ini dilakukan nanti, Boustead akan dapat memulangkan sejumlah
besar pelaburan yang dibuat dalam Boustead kepada LTAT dan LTAT akan dapat jumlah
kecairan tunai mereka lebih daripada 60 peratus.
Ini merupakan satu kepastian kepada tabung-tabung persaraan. Ia mesti ada
kecairan tunai yang lebih. Sekarang ini tidak sampai 20 peratus dan kita akan pastikan
supaya selepas ini LTAT tidak lagi meletakkan sebahagian besar sampai hampir 56 peratus
dia punya pelaburan di dalam satu bidang iaitu di Boustead. Ini berbahaya, Tuan Yang diPertua.
Akan tetapi, rest assured. Kita akan berunding. Saya sedang berunding. Pihak
kementerian sedang berunding dengan Kementerian Kewangan dan kita akan cari jalan yang
terbaik yang akan dapat menyelesakan masalah Boustead. Dalam masa yang sama, kita
tidak tergadai tanah-tanah yang telah lama dipegang oleh pihak LTAT. [Tepuk]
Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya]: Yang Berhormat Menteri. Kalau saya boleh
tambah sedikit. Terima kasih atas penjelasan tersebut. Kita amat berharap supaya ia tidak
dijual. Jika kita lihat tadi penjelasannya adalah berkaitan dengan pengurusan. Kita lihat isu
legasi, isu pengurusan yang menyebabkan keadaan berlaku dalam Boustead pada hari ini.
Adalah tidak adil untuk anggota tentera dan bekas-bekas anggota tentera untuk kita lepaskan
aset ini hanya kerana masalah yang ada dalam konteks pengurusan tadi. Jadi, kita perlu
sedarkan GLC dan syarikat-syarikat milik kerajaan, tidak boleh sewenang-wenangnya ada
masalah, jual. Ada masalah, jual.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Jual.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya]: Ada masalah, jual. Kalau tidak, semua orang
boleh jadi CEO.
Tuan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal [Machang]: Ya.
Datuk Dr. Radzi bin Jidin [Putrajaya]: Masuk sebagai seorang CEO katakan
pengurusan syarikat, masuk-masuk ada masalah, jual. Jadi, ini bukan kaedahnya. Saya rasa
Yang Berhormat Menteri pun faham. Akan tetapi, kita lihat apabila kita layan keperluan
sebegini, ia menjadi-jadi. Hari itu bercakap tentang Pharmaniaga, satu aset dan kemudian
satu aset. Apa akan tinggal dengan LTAT sekiranya pendekatan begini diteruskan? Jadi saya
amat memohon kepada Yang Berhormat Menteri duduk berbincang elok-elok supaya perkara
ini tidak diteruskan. Carilah pendekatan yang terbaik. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Yang di-Pertua [Puan Alice Lau Kiong Yieng]: Yang Berhormat Menteri.
Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan: Tuan Yang di-Pertua. Terima
kasih saya ucapkan kerana membenarkan saya masa lebih. Kepada rakan-rakan Yang
Berhormat, saya akan cari jalan yang terbaik untuk pastikan supaya ia dapat…

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment
Marhalim Abas: Shah Alam

View Comments (16)

  • The other way is to reduce the ship count from 5 to 4. 4 fully kitted ships are better than 5 partially kitted ships. Another option is to make the 5th ship (or 4th and 5th ship) an OPV like the Kedah class - no missiles, which should save on construction, installation, and equipment cost. Navy will get its missiles and gets its hulls. Not ideal but we just have to be smart about things given the constraints.

    • As I mentioned the launchers are already bought so even if they decided not to arm them with missiles, the manufacturing process will be the same. It will not reduce the cost of the construction, just reduced the cost of buying the ordnance. what is more realistic is to put the small number of ordnances on active ships, while those in the base, for training and yard, not armed.

  • What we can do is

    Defer the torpedo buy for later and just use the existing A244-S torpedoes. There are enough torps for all the current ships that has torpedo launchers.

    Partially pay for the missile stocks by also buying the VL MICA NG for MERAD requirements.

    On our Frigate requirements.

    In 15 to 5, the ideal Frigate numbers wanted was 12. Up to 2030 we would still have the 2 Lekius and 2 Kasturis in our fleet. Yes the Kasturis are technically corvettes but are AShM capable with MM40 Exocets. Hopefully we can have some budget in next Malaysia plan to finally build the 6th Gowind, so by 2030 we could possibly have 6 Gowinds, 2 Lekius and 2 Kasturis. Other than Singapore which probably will have 6 Formidables and 2 out of 6 Iver Huitfeldt MRCVs completed by 2030, probably no other asian navies that will have more than 6 brand new frigates received from 2020-2030. Even without the LMS Batch 2 corvettes, i think fighting capability-wise we are okay. Those 2 Lekius and 2 Kasturis can be replaced (my preference Type 31) in the 2031-2040 timeframe.

    For the numbers, for peacetime patrols, the budget should be given to APMM to buy more OPVs similar or larger than the DAMEN 1800. Cheaper both to buy and to operate compared to LMS Batch 2 Corvettes.

    The lethal naval combat capability with a leaner but well armed navy, that complements a larger coast guard fleet. My preference of TLDM 2040 fleet would be

    4x Type 31 Frigates (2031-2040)
    6x Gowind Frigates (2026-2030)
    6x Scorpenes (4 more 2026-2035, USD500-600 mil each)
    21-24x LMS-X (small, low cost missile ship like Netherlands Navy TRIFIC concept. Modular weapons of 12-18 Cakir AShM, 12 VL Hellfire. Ship performance, seakeeping, speed, endurance same or better than the Gowinds, which is way more than LMS Batch 2 requirements. To act like loyal wingmans to Frigates, and operating under the Frigates VL MICA NG umbrella. Each costing no more than USD30mil with missiles, the cost of a single RAM missile launcher with full missiles)

  • "But I guess the delays in completing the project meant that option is no longer viable now."
    Curious, why so? Have they used up all their torp stocks?

    My guess is we could cheapen out and buy just enough for all the ships system integrations, as you mentioned, buy just enough and expend them all then keep the launchers empty. But an even cheaper way is to not to buy any ordnance and just keep the launchers empty from the get go, basically will be FFBNW just the ammo.

    To be a Devil's Advocate, this only defeats the purpose if we really have to make use of all the rounds and for sure in peace time this aren't going to happen, so we could remain as FFBNW until such time when we need them or when we can slowly buy ordnance to test them for integration purpose later.

    • The integration must be done so the ship can be commissioned. As for the torpedo stock, I believed all of them has time expired.

  • Quite a lot to cover

    What is Pendang asking about? About Thales as a company or the product sold by Thales? Which tender is he talking about? All over the place, very messy.

    Menhan - "Thales ini duduk tempat keempat dalam pemilihan tender dengan harganya yang agak tinggi. Tempat yang pertama, yang kedua, yang ketiga dan yang keempat ini Thales dan adalah lima buah syarikat"

    Is it for the revious radar tender or fro MR-SAM tender, I am confused. And what does 1st, 2nd and 3rd means? Does it mean in terms of overall evaluation or price from most expensive to cheapest? Please advice

    Menhan - "Ini kerana semasa kita buat dahulu, perjanjian itu tidak ada surface-to-surface missile, belum lagi diputuskan, belum ada lagi decoy system belum diputuskan dan yang lain-lain."

    Should we assume from now on any funds for RMN ship procurements will include ordanance or not? Should it be separated?

    Menhan - " bila duduk tepi laut ini, saya pasti ada yang sudah karat"

    What does rusting have anything to do with the remaining 6% of design? Does this means the/any ship designs will not complete until they remove rusts from the ship?

    • It is the long range air surveillance radar which was awarded to Thales. I think what he meant that there were five bidders with Thales listed as fourth one based on the bid price. Ordnance is bought separately as private companies cannot buy them; they can only buy the launchers. So, the government has to sign contract for them directly especially things like missiles and torpedoes.

  • The more we touch her, the hotter she is.
    It looks like the cabinet has not done their evaluation thoroughly when they decided to continue LCS. It was 11.2 and now 12.4 and even if the ship is delivered it is not combat ready.
    So, the main objective is making lcs able to sail only. Will it be combat ready? is a different issue.

    In short,it just Kedah class 2.0 in the making. Same old same old

  • "So the government has to sign contract for them directly"
    Understandable on the reason but pertinent to know is this side costing included into the project (RM9.1Bil) budget or is that budget just for the ships, equipment and everything else except ammo?

    @NEP
    "It’s just an accounting trick"
    The whole latest shipbuilding projects ie LCS & OPV have been one big accounting trick with hidden costs deferred to other budgets and excluding ammo.

    • No one has given a breakdown of the cost. But I believed the ceiling price exclude items to be furnished by the government ie ammo and maintenance.

  • Too many unknown and hidden costings which is why when the Govt changed, things become unaccounted or cannot be reconciled and that is when nobody dare to continue on the progress leading to this long delay. The old guard was no longer around to cover that hole so everyone stopped to watch that hole while doing nothing about it. Now an old guard is back to try and cover it.

    • Its one of the equipment they should already been bought and install once the ship is ready for it like the others as well of course.