SHAH ALAM: Defence Minister DS Khaled Nordin in his speech at Parliament today confirmed that the 28 helicopters involved in the 15-year leasing will all be from Leonardo. The helicopters are the AW109 Trekker; AW 139; AW139 VIP and the AW149.
Unfortunately, he did not give a break-down of the helicopters so apart from the 12 AW149 for the RMAF, the rest remained a speculation until the full list is made public. Anyhow, yes, I asked earlier in the another post that the PDRM’s Air Wing helicopters will be the single-engine AW119Kx.
It is in fact the Trekker, the skid variant of the AW109. My apologies. Again it is likely that Leonardo finds it easier to fullfil its TOT obligations by providing its own helicopters. As mentioned in the earlier story, the Bell 429 was chosen as the helicopter for PDRM needs.


Posted below is the full speech by Khaled on the leasing programme. I have done my piece on the issue, so I am not going to say much on it apart from saying that the justifications are simply excuses really. Khaled also touched on the LCS and the pensions in his speech today. I will put them in another post either later tonight or tomorrow.

If you like this post, buy me an espresso. Paypal PaymentKementerian Pertahanan
20 Februari 20251. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas ruang dan kesempatan untuk Kementerian Pertahanan menjawab segala isu yang dibangkitkan sepanjang perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada kali ini.
2. Saya merakamkan terima kasih kepada kesemua 9 Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian dan membahaskan isu-isu berkaitan pertahanan negara.
KONTRAK PAJAKAN HELIKOPTER
3. Saya mulakan dengan YB Larut, YB Tanah Merah, YB Merbok, dan YB Pendang yang telah membangkitkan persoalan-persoalan mengenai kontrak perolehan 28 unit helikopter oleh Kerajaan.
4. Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman, kontrak helikopter yang hendak dimeterai oleh Kerajaan adalah kontrak kerjasama awam-swasta (public-private partnership – PPP) menggunakan pendekatan pajakan aset.
5. Ia melibatkan 28 unit helikopter pelbagai jenis iaitu AW 109T, AW 139, AW 139 VIP dan AW 149 bagi kegunaan pelbagai agensi mengikut keperluan masing-masing.
6. Dalam hal ini, saya ingin menjawab perkara-perkara berikut satu-persatu.
7. Pertama, mengapa Kerajaan memilih pendekatan memajak berbanding membeli terus atau outright purchase, dengan izin.
8. Sebenarnya, pendekatan pajakan seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu dan asing dalam perkhidmatan Kerajaan.
9. Kontrak pajakan sedia ada adalah seperti kontrak GOCOM dan SPANCO. Namun, pajakan aset strategik melalui kerjasama awam-swasta seperti ini adalah yang pertama dilaksanakan di Malaysia.
10. Pendekatan pajakan ini dipilih atas sebab-sebab berikut.
11. Pertama: Untuk Menghadapi Cabaran Ketersediaan Aset Strategik Negara Yang Rendah Akibat Kekangan Kewangan Kerajaan.
12. Ketidakcukupan atau ketersediaan aset strategik merupakan satu isu yang kritikal kepada negara. Malangnya, sekali pun kita menyedari perkara ini, Kerajaan masih tidak dapat melakukan penambahan aset yang mencukupi kerana ketiadaan dana.
13. Tambahan pula, penyahtauliahan atau decommissioning pesawat Sikorsky S-61A-4 atau lebih dikenali sebagai Nuri oleh Angkatan Tentera Malaysia pada tahun 2020 telah mewujudkan satu jurang (gap) dari segi bilangan helikopter fleet ATM.
14. Ini sekali gus menambah beban penugasan helikopter-helikopter sedia ada yang terpaksa digunakan secara berlebihan walaupun telah usang.
15. Jika dilihat kepada Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 atau CAP55, kita memerlukan sekurang-kurangnya 36 helikopter agar keupayaan kita berada pada tahun optimum. Namun realitinya, TUDM hanya mempunyai 12 helikopter sekarang.
16. Malah, perbandingan pemilikan aset kita dengan negara-negara jiran, khususnya dalam berhadapan dengan cabaran geopolitik serantau yang semakin sukar, menyaksikan yang ketersediaan aset kita berada pada tahap yang tidak optimum dan sangat memerlukan intervensi segera.
17. Terdapat banyak kritikan dan laporan di luar sana yang memberi pencerahan bahawa ketidakcukupan aset strategik ini disumbangkan oleh faktor ketidakupayaan Kerajaan untuk memodenkan atau membeli aset-aset strategik yang diperlukan tersebut secara terus.
18. Perkara ini membawa kepada satu situasi yang sering disebut oleh para pakar dan anggota pertahanan di luar sana sebagai lease or do-without situation, iaitu situasi yang menuntut untuk sama ada kita memajak, atau kita terpaksa berpuas hati untuk tidak mempunyai aset-aset baharu.
19. Dalam erti kata lain, jika kita berkeras untuk hanya memperoleh aset melalui kaedah pembelian secara terus, adalah tidak mustahil kita akan terpaksa menunggu terlalu lama atau mungkin kita sebenarnya tidak akan mampu mempunyai aset-aset strategik yang diperlukan negara sampai bila-bila.
20. Sedangkan jika kita memilih pendekatan pajakan, Kerajaan tidak akan perlu membayar pendahuluan, atau membayar bayaran kemajuan atau progress payment dengan izin atau mengeluarkan perbelanjaan modal (CAPEX).
21. Ini kerana, di bawah kontrak pajakan helikopter ini, Kerajaan akan hanya mula membayar komitmen kita apabila kita telah menerima dengan sempurna helikopter yang dibekalkan kelak. Dan itu pun, bayaran tersebut adalah secara bulanan mengikut kegunaan dan dipecahkan sepanjang tempoh 15 tahun.
22. Sedangkan jika kita membeli aset-aset ini secara terus, kita sudah perlu mengeluarkan kos dan membuat bayaran bermula dari sekarang walau pun kita belum mendapat aset yang dikehendaki.
23. Dan kita mesti melangsaikan semua bayaran pembelian tersebut sebelum kita boleh menerima sebarang aset.
24. Ini bermakna, melalui kaedah pajakan, Kerajaan dapat memperoleh aset-aset yang berkos tinggi, canggih dan moden seperti helikopter tanpa perlu menyediakan peruntukan yang besar sekali gus atau dengan izin, upfront full payment.
25. Oleh itu, bersandarkan realiti ketidakcukupan dan tahap ketersediaan aset yang rendah dan kekangan dana Kerajaan yang berterusan, maka kita memilih untuk mendapatkan aset-aset yang diperlukan ini menggunakan kaedah pajakan.
26. Kedua: Kesiagaan Aset Yang Rendah.
27. Selain isu ketersediaan aset yang kritikal, isu tahap kesiagaan (serviceability) atau kebolehgunaan aset sedia ada turut menjadi cabaran yang serius yang membelenggu kita selama ini.
28. Kajian oleh Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2017 mendedahkan bahawa tahap kesiapsiagaan pesawat-pesawat yang dimiliki oleh TUDM di antara tahun 2011 dan 2015 adalah tidak optimum dan tidak seperti yang ditetapkan.
29. Kajian ini mendapati tahap kesiapsiagaan pesawat sedia ada TUDM dalam tempoh tersebut berada pada hanya 43% berbanding keperluan 70% minimum yang ditetapkan.
30. Malah, agensi-agensi seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut mengalami isu yang sama akibat daripada proses penyelenggaraan dan pembaikan yang tidak efisien dan insiden kemalangan / kerosakan teruk (beyond economic repair).
31. Ini kerana, seperti yang kita maklum, sekali pun kita memiliki aset-aset strategik ini sendiri, peruntukan mendapatkan alat gantian dan proses senggaraan yang memakan masa masih menjadi cabaran yang tidak dapat dielakkan.
32. Maka, bertitik tolak daripada realiti ini, salah satu perkara utama yang ditekankan dan menjadi faktor pemilihan pendekatan pajakan oleh Kerajaan adalah kemestian di pihak syarikat untuk memberi jaminan tahap ketersediaan pesawat.
33. Kita mensyaratkan yang pihak syarikat wajib memastikan yang kesiapsiagaan minimum helikopter berada pada sekurang-kuranya 85% pada setiap masa.
34. Di bawah pendekatan pajakan ini, ketersediaan pesawat setiap bulan akan disusun menggunakan konsep penyelenggaraan Power by the Hour (PBH). Dan ini dapat dilakukan kerana kesemua alat-alat ganti pesawat mestilah disediakan oleh lessor atau pihak syarikat pada setiap masa, dan bukannya dibeli hanya apabila diperlukan.
35. Perkara ini dilakukan bagi memastikan turn around time pesawat yang diselenggara mematuhi jadual dan mencapai bilangan jam penerbangan yang dipersetujui.
36. Konsep PBH ini berbeza daripada kerja-kerja Maintenance-Repair-Overhaul (MRO) yang lazim diamalkan. Ini kerana, di bawah MRO biasa, masalah sering timbul akibat peruntukan yang diberikan untuk MRO tidak mencukupi, atau bekalan alat gantian tidak ada atau tidak mencukupi sekali gus menyebabkan proses senggaraan memakan masa yang lama.
37. Dalam erti kata lain, apabila kita menggunakan pendekatan pajakan, pihak syarikat tidak boleh memberi alasan ketiadaan helikopter kerana ia sedang diselenggara atau rosak.
38. Dan sekiranya pihak syarikat gagal memastikan jaminan 85% ketersediaan tersebut dicapai, maka bayaran oleh Kerajaan kepada syarikat akan dikurangkan.
39. Ini bermakna, dengan menggunakan konsep PBH di bawah pendekatan pajakan ini, kita berupaya menjamin 100% jam penerbangan mengikut unjuran keperluan operasi semua agensi yang terlibat.
40. Keadaan ini berbeza jika kita membeli kesemua 28 helikopter tersebut.
41. Apabila terdapat mana-mana unit yang rosak atau memerlukan penyelenggaraan, perkara tersebut sudah pasti akan mengurangkan jumlah dan tahap kesiapsiagaan aset yang diperlukan oleh agensi-agensi terlibat.
42. Ketiga, Pemindahan Risiko Kepada Pemberi Pajak (Lessor).
43. Sekiranya kita membeli kesemua pesawat ini, bukan sahaja kesemua kos yang terlibat, sebaliknya segala risiko yang berkaitan dengan pemilikan fleet helikopter ini akan turut ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.
44. Namun, di bawah pendekatan pajakan, kesemua risiko penyediaan dan pemilikan fleet tersebut menjadi tanggungjawab pihak pemberi pajak (lessor). Ini bermakna, pihak syarikat perlu mengambil insurans sepanjang pajakan ini.
45. Secara tidak langsung, pemindahan beban dan risiko pengurusan kepada pihak syarikat menyebabkan agensi-agensi pengguna boleh menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugas operasi udara tanpa perlu memikirkan hal-hal berkaitan penyelenggaraan pesawat seperti perolehan alat-alat ganti, ketersediaan peruntukan kewangan dan latihan.
46. Perkara ini secara tidak langsung memberi ruang meningkatkan kecekapan dalam pengurusan kewangan kerajaan.
47. Dan seperti yang ditanyakan oleh YB Pendang, berdasarkan simulasi cost-benefit analysis (CBA) yang dibuat oleh UKAS, kaedah pajakan ini memberi anggaran penjimatan antara 15% hingga 25% berbanding dengan pembelian terus, bergantung kepada kadar diskaun yang boleh diguna pakai.
48. Ini adalah berdasarkan andaian bahawa:
a. Bagi program pajakan ini, kos sewaan, kos operasi dan kos insurans akan dibayar secara berkala dengan nilai yang sama setiap tahun sepanjang tempoh operasi tanpa sebarang kadar kenaikan
b. Kos operasi bagi perolehan konvensional akan dibayar secara berperingkat bagi tempoh 15 tahun dengan kadar kenaikan sebanyak 1.5% setiap 3 tahun (cost escalation);
c. Fasa pembinaan selama 3 tahun bagi perolehan konvensional dengan 3 bayaran berperingkat dan didiskaunkan pada kadar risk free menggunakan kadar 4.1579% (kadar MGS);
d. Kadar diskaun yang digunakan untuk kiraan NPV bagi program pajakan adalah di antara 6.5% (andaian Cost of Debt) dan 8% (ketetapan maksimum Kementerian Kewangan untuk WACC).
49. Berdasarkan sasaran penjimatan ini, maka pendekatan pajakan aset seperti ini berupaya mengurangkan bebanan fiskal Kerajaan.
Yang di-Pertua,
50. Sebab keempat dan terakhir, kita memilih pendekatan pajakan kerana pendekatan pajakan merupakan amalan yang turut menjadi pilihan dalam pengurusan aset-aset strategik atau aset-aset keselamatan di negara-negara seperti Perancis, United Kingdom, Kanada, Norway, Sweden, Australia dan negara-negara jiran di rantau ASEAN.51. Misalnya,
a. Jet Pilot Modernising Training Program (ini aset atau progam) dan Fast Jet Training oleh French Air Forceb. Airbus H160 Search and Rescue oleh French Navy ,
c. UK Military Flying Training System dan Hawk Contract oleh UK Armed Forces (Royal Air Force, Royal Navy, Army Air Corps)
d. UK Light aircraft flying task oleh Ministry of Defence, University Air Squadrons & Air Experience Flying
e. Aerial Firefighting dan Aerial Emergency Services oleh Government of Manitoba, Kanada
f. Air Ambulance Services oleh Kerajaan Norway
g. Search and Rescue Operations Services oleh Kerajaan Sweden
h. Fire and Emergency Services, Defense Forces dan Police Services oleh Kerajaan Australia.
52. Selain itu, sekurang-kurangnya 3 negara jiran ASEAN turut memilih pendekatan pajakan.
53. Misalnya:
a. Mindef Search and Rescue Helicopter Service oleh Kerajaan Republik Singapura,b. National Police Search and Rescue oleh Kerajaan Republik Indonesia dan
c. Coast Guard Search and Rescue Helicopter Service oleh Kerajaan Filipina.
54. Maka, berdasarkan sebab dan kelebihan-kelebihan ini, adalah berasas, munasbah dan rasional bagi Kerajaan untuk memilih menggunakan pendekatan pajakan berbanding pembelian secara terus atau outright purchase.55. Jadi, saya harap, semua boleh menerima hakikat bahawa demi ketersediaan dan kesiapsiagaan aset yang sangat diperlukan, kita mesti menggunakan pelbagai pendekatan yang sesuai termasuklah menggunakan pendekatan pajakan.
Tuan Yang Di-Pertua,
56. Isu kedua yang dibangkitkan adalah sama ada harga yang dibayar oleh Kerajaan dalam pajakan ini terlalu tinggi?57. YB Larut membuat perbandingan kos yang dikeluarkan negara Poland dalam pembelian 32 unit helikopter jenis AW 149 dengan harga kira-kira RM8.5 bilion yang dibeli pada tahun 2022 berbanding harga pajakan 28 unit helikopter bernilai RM16.6 bilion oleh Kerajaan Malaysia.
58. Jika kita menggunakan hujah Yang Berhormat Larut dan mengambil harga yang dibayar oleh Poland tersebut sebagai rujukan dan asas untuk membeli secara terus 28 helikopter yang diperlukan oleh pelbagai agensi ini, kita akan perlu membayar kira-kira RM7.5 bilion.
59. Benar, sepintas lalu nilai ini mungkin kedengaran lebih murah berbanding harga yang dibayar oleh Kerajaan iaitu RM16.6 bilion.
60. Sedangkan realitinya harga tersebut hanyalah harga pembelian helikopter. Manakala RM16.6 bilion di bawah kontrak pajakan ini merangkumi pakej menyeluruh selama 15 tahun.
61. Ia merangkumi, antara lain:a. penyelenggaraan dalam dan luar pangkalan seperti MRO dan simpanan alat gantian;
b. latihan dan kursus kepada kira-kira 1300 juruterbang dan kru penerbangan;
c. transfer of skills atau pemindahan kemahiran dan latihan berterusan kepada jurutera dan juruteknik agensi-agensi pengguna; dan
d. penyediaan perlindungan insurans mencakupi aset, kesemua kru, penumpang dan pihak ketiga, dan
e. kos pembiayaan atau peminjaman.
62. Berbanding dengan pembelian secara terus yang didakwa lebih murah tersebut, di bawah pakej pajakan menyeluruh ini Kerajaan tidak perlu menguruskan kos-kos lain atau dengan izin, incidental costs yang saya sebutkan tadi, yang sememangnya tidak boleh dielakkan.
63. Untuk memberikan gambaran atau ilustrasi yang lebih jelas, kita ambil contoh kos senggaraan helikopter jenis EC 725 milik Tentera Udara Diraja Malaysia.
64. Bagi senggaraan 12 unit helikopter tersebut selama 15 tahun bermula dari 2014 hingga 2029, kita memperuntukkan sebanyak kira-kira RM1.2 bilion bagi komponen badan dan sistem helikopter dan kira-kira RM650 juta bagi komponen enjin.
65. Ini bermakna, sekarang ini kita membelanjakan sebanyak RM1.85 bilion bagi tujuan senggaraan 12 unit helikopter selama 15 tahun. Jumlah ini bersamaan dengan kira-kira RM154 juta bagi seunit helikopter. Dan perlu diingat, jumlah ini adalah berdasarkan kos atau harga yang telah bermula pada tahun 2014 lagi, iaitu 10 tahun lepas. Itu pun, dengan segala perbelanjaan ini, tahap kesiagaan kita berada di paras yang rendah.66. Jadi, jika kita menjadikan rekod perbelanjaan ini sebagai asas atau rujukan kasar, ini bermakna, kita dijangka akan perlu memperuntukkan sebanyak kira-kira RM4.32 bilion bagi tujuan sengaraan sahaja.
67. Maka, jika kita hitung secara kasarnya, selain kos pembelian bernilai RM7.5 bilion bagi 28 unit helikopter tersebut, kerajaan akan turut perlu memperuntukkan kira-kira RM4.32 bilion lagi untuk tempoh 15 tahun bagi tujuan senggaraan. Dan ini sahaja sudah akan menjadikan perbelanjaan kita mencecah RM11.82 bilion.
68. Dan ini belum lagi termasuk kos latihan dan kursus kepada kira-kira 1300 juruterbang dan kru penerbangan yang diperlukan, kos pemindahan kemahiran dan latihan berterusan kepada jurutera dan juruteknik agensi-agensi pengguna, kos insurans selama 15 tahun yang meliputi aset, kru, penumpang dan pihak ketiga dan kos pembiayaan yang dijangka akan naik dan bertambah saban tahun.
69. Dalam erti kata lain, sekali pun kita mahu berkeras bahawa harga yang dibeli oleh Kerajaan Poland adalah lebih rendah, kita mesti ingat bahawa ia adalah kerana kesemua kos dan implikasi kewangan lain belum diambil kira dan dimasukkan secara menyeluruh.
70. Yang pasti, saya tegaskan di sini, apabila dicampur dan dihitungkan segala kos pembelian dan kos-kos lain yang akan ditanggung, ia menjadikan harga yang kita bayar dalam kontrak pajakan ini munasabah dan wajar.
71. Dan seperti yang saya sebutkan tadi, apatah lagi apabila kesemua kos-kos ini tidak perlu dikeluarkan oleh Kerajaan secara sekali gus, sebaliknya secara bulanan selama 15 tahun.
Tuan Yang Di-Pertua,
72. Seperti yang dibahaskan oleh Yang Berhormat Larut, pada akhir kontrak ini, Kerajaan sebenarnya akan memiliki aset-aset ini.73. Ini kerana, di bawah kontrak pajakan ini, Kerajaan menegaskan untuk diberikan pilihan membeli kesemua 28 unit aset tersebut pada harga nominal RM1 seunit.
74. Berdasarkan anggaran pasaran, selepas 15 tahun penggunaan, dengan segala penyelenggaraan yang dipastikan berjalan dengan baik, setiap aset tersebut dianggarkan bernilai hingga RM50 juta seunit.
75. Ini bermakna, Kerajaan hanya perlu membayar RM28 untuk mendapat aset yang bernilai kira-kira RM1.4 bilion.
76. Jadi, pada akhir kontrak, Kerajaan memang akan mendapat segala aset ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
77. Isu ketiga adalah berhubung keupayaan khusus helikopter-helikopter ini.
78. Yang Berhormat Tanah Merah telah membangkitkan persoalan sama ada Helikopter model AW149 mampu melakukan aktiviti underslung untuk mengangkut meriam artileri jenis 105mm pack howitzer yang digunakan oleh Tentera Darat.
79. Jawapan ringkas saya seperti yang dipohon oleh Yang Berhormat Tanah Merah, ya, pesawat AW 149 ini mampu melakukan aktiviti tersebut.
80.
Dan keupayaan teknikal ini disahkan oleh Mejar Jeneral Dato’ Muhammad Tarmizi Hj Mustapha, Asistan Ketua Staf (ASK) TUDM pada 13 Februari 2025.
Nota:
Yang Berhormat, memandangkan perolehan aset ini dilakukan dengan mengambil kira input, pandangan, keperluan serta persetujuan daripada ATM, maka sudah pastilah ia dilengkapkan dengan kemampuan untuk melaksanakan aktiviti underslung, iaitu untuk mengangkut meriam artileri jenis 105mm Pack Howitzer yang digunakan oleh Tentera Darat.Secara teknikalnya, keperluan spesifikasi kemampuan helikopter yang diperlukan TUDM termasuklah keupayaan bagi melaksanakan tugasan underslung.
TUDM telah melaksanakan kajian melalui Request For Information (RFI) daripada OEM Leonardo dan mendapati helikopter AW149 mampu melaksanakan penugasan underslung dengan kapasiti maksima sehingga 2,800kg (disertakan).
Helikopter AW149 mampu melaksanakan penugasan underslung untuk mengangkut meriam artileri jenis 105mm Pack Howitzer yang digunakan oleh Tentera Darat Malaysia.
Helikopter tersebut mempunyai keupayaan untuk mengangkat beban menggunakan underslung sehingga mencapai berat 2,800 kg manakala berat meriam 105mm Pack Howitzer hanya 2,881 lbs atau 1,307 kg sahaja.
Malahan helikopter tersebut juga mampu untuk mengangkut meriam 105mm jenis yang baharu iaitu dari model LG 1 MKIII yang mempunyai berat 3,350 lbs atau 1,520 kg.
Keputusan perolehan AW149 pada Disember 2024 dibuat berdasarkan keperluan strategik dan operasi TUDM bagi memastikan kesiapsiagaan berterusan tanpa jurang keupayaan.
Keputusan ini berpandukan kepada keperluan teknikal dan taktikal sebenar TUDM bagi memastikan keupayaan udara negara kekal moden, relevan dan berkesan dalam melaksanakan misi pertahanan serta sokongan nasional.
Yang Berhormat, kesemua ini bukanlah maklumat sulit dan tertutup. Ia adalah maklumat yang boleh diakses dan disemak melalui carian terbuka.
A simple Google search akan membolehkan Yang Berhormat mendapat semua maklumat tersebut tanpa perlu menjadi skeptikal di dalam Dewan ini.
Malah, janganlah menganggap bahawa pasukan ATM kita tidak mempunyai apa-apa pendirian dan pandangan dalam perkara yang melibatkan kepentingan dan operasi mereka.
Jika kita sentiasa bersikap skeptikal, saya percaya, biar apa pun maklumat yang tersedia di luar sana, atau jawapan yang diberikan di Dewan ini, sudah pasti tidak akan menghentikan pihak-pihak yang mengakui dirinya skeptikal daripada terus menyebarkan persepsi di luar sana dan di media-media sosial.
Tuan Yang Di-Pertua,
81. Isu keempat adalah persoalan sama ada kontrak ini dilakukan secara tergesa-gesa.
82. YB Tanah Merah dan Yang Berhormat Merbok mempersoalkan mengapa kontrak ini telah dilakukan secara tergesa-gesa.
83. Ini sama sekali tidak benar.
84. Pertama, seperti yang saya terangkan sebentar tadi, ketidakcukupan aset dan tahap kesiagaan aset Kerajaan yang rendah bukan isu baharu. Malah, kajian UTM yang saya rujuk sebentar tadi juga sudah menunjukkan keadaan yang membimbangkan sejak 2017.
85. Di pihak Kerajaan sendiri, kita sudah menyedari akan perkara serius ini sejak lama dahulu.
86. Kedua, idea dan pertimbangan untuk menggunakan pendekatan ini sudah bermula pada tahun 2023 dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 31 Januari 2024.
87. Proses Request for Proposal (RFP) terhad telah dijalankan, bagi tujuan perbandingan harga pada 29 Februari 2024.
88. Memandangkan projek pajakan helikopter ini melibatkan aset-aset keselamatan/strategik negara, maka tawaran pembida Request for Proposal (RFP) Terhad bagi tujuan perbandingan harga telah dihadkan kepada syarikat-syarikat penerbangan yang mengendalikan perkhidmatan udara di Semenanjung Malaysia yang mempunyai sijil Air Operator Certificate (AOC) bagi pesawat jenis helikopter.
89. Sebanyak empat (4) syarikat yang mempunyai AOC helikopter di Semenanjung Malaysia telah dikenal pasti dan telah dipelawa untuk mengemukakan cadangan dan tawaran masing-masing.
90. Daripada 4 syarikat ini, hanya 2 syarikat yang membeli dokumen RFP. Dan hanya 1 syarikat yang memasuki bidaan (setelah tarikh akhir penghantaran dokumen)
91. Susulan itu, proses rundingan harga dan terma-terma utama perjanjian telah berlangsung mulai bulan Julai sehingga bulan September 2024.
92. Hasil rundingan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 25 Oktober 2024.
93. Proses rundingan contractual bagi memperincikan perjanjian konsesi dimuktamadkan dan ditandatangan pada 19 Disember 2024.
94. Jadi, ia bukanlah satu idea baharu yang baru diperkenalkan atau dilaksanakan secara tergesa-gesa.
View Comments (22)
Lies are said in the parliment...
The Poland contract is not just the price of bare helicopters.
It includes setting up factory in Poland, full training facilities, R&D armed modifications, sparepart, maintenance, upgrades till end of service life.
" The contract for 32 AW149s was signed in Świdnik in 2022 and also covers the integration of the helicopter's systems, dedicated armament, future modernisations and technical support through the entire life cycle of the Polish AW149 fleet "
" The contract for 32 AW149s, worth 8.25 billion PLN gross (approximately EUR 1.76 billion) includes logistics, training and simulator packages. The logistics package includes a stock of spares and consumable parts, as well as equipment for the ground handling of the helicopters. The training and simulator package includes comprehensive training of pilots and technical personnel and the delivery of a set of advanced simulators and training equipment. The new Polish military helicopters’ configuration allows combat support missions among others. Fully meeting the requirements of the Polish Armed Forces, the configuration will also include, among others, observation systems, small arms, guided/unguided rockets and missiles and self-defence systems. The armament, depending on the helicopter variant and configuration, is installed in the cabin or on the helicopter's external hard points "
https://t.co/1RjDWPlVTa
It still means that the RM16.5 billion lease contract is totally absurd.
By the way, where did the AW189 go? Replaced by AW139??? Because the VIP helicopter was supposed to be an AW189 VIP.
As for the AW109 Trekker. It actually have 2 cockpit avionics option, Gensys or Garmin.
As for PUTD A109LOH, maybe conversion to skid landing gear like the Trekker can be looked at?
some like something cooked up by weststar rather than own RMAF team
sound so promotional
Again, this leasing, I have very bad feeling about this. Way worse than the 1MDB scandal kind of bad feeling.
They still want to argue that leasing is better. 11.82 billion MYR is still 4.78 billion cheaper than the lease program. Insurance & training is not that much. Outright purchase Four thousand million times cheaper & still minister said leasing is better. Nincompoops in the house.
I agree with Hulubalang that Defence Minister DS Khaled Nordin is lying to all of us
Poland did not buy only 32 AW149 airframes for RM8.5 bilion, but also for spare parts, training, simulators and R&D for it's entire life cycle at freaking half the price as ours leasing deal!!!! Freaking half for the exact same (or better/more) things.
Also, my guess is (as I haven't watch the Parliment session yet) the opposition MPs did not go into details on the cost of Poland AW149 or else Khaled wont be able to answer like what he did. Opposition MPs also (seems) did not do fact check?
Such sadness and incompetence by everyone
Khaled was speaking at a session where only minimal disturbance are allowed. They will have their time to refute the statement this week and the next.
Bila tahun M.G Datuk Tarminzi rated dalam AW 149?
AW149 Egypt tak buat kerja underslung angkut howitzer. British Army baru nak buat Operational Conversion AW149.
Ada bukti yang sahih AW 149 pernah angkut Howitzer?
Helikopter negara lain tak akan buat sebab tu bukan role AW149 mereka. Tapi utk TUDM, itu adalah Salah satu capability yang perlu ada.
No one is scamming anyone gere.
A simple math would show that 8.25 bil with an interest of 5% for 15 years period would come up to a total cost of 17.15 bil. [8.25x(1.05)^10]
That's what happened when you buy now pay later compared to purchasing item with cold hard cash. Technically if one still wants to buy now pay later one can't go wrong with Japan as they offered 1% interest which would yield total overalls cost of 9.57 bil. To bad they don't produced helo thought but they do build fighter jet.
Which are the PUTD choppers? Looks to be AW139
It is supposed to be AW149 as AW139 do not do underslung.
"sound so promotional"
Its easy for the minister to ask Weststar to prepare a fact sheet. Problem is if they dont understand the content or fact check it, someone like Hulu could catch any discrepancies.
"opposition MPs did not go into details on the cost"
IINM this portion of the parliament is not meant for physical debates so it will go thru written questions from the Opposition and then more written rebuttals from Menhan. Of course the Opposition could trigger a shouting standoff demanding for immediate answers as what the previous Opposition(now Govt) had done but it depends how one wants to keep things civil and not devolve into law of the jungle.
"Ada bukti yang sahih AW 149 pernah angkut Howitzer?"
Leo would have done their own tests if it was designed for that purpose.