X
    Categories ALK-UPNM

Five ALK Cadet Officers Sacked over Bullying Cases

SHAH ALAM: Five cadet officers of the Military Academy Wing (ALK) of the National Defence University (UPNM) have been dismissed from the institution and the Armed Forces. The cadet officer would have been commissioned into service if they had completed their studies at the ALK.

In a statement released today, Defence minister DS Khaled Nordin said apart from their sacking, the dismissed cadets will also need to pay a total of RM189,250.80 restitution to the government which sponsored their studies at the university and ALK.

The release from the Minister:

KENYATAAN MEDIA
PEGAWAI KADET ALK-UPNM KES PENGANIAYAAN
DIBATALKAN PELANTIKAN, DITAMATKAN PERKHIDMATAN ATM DAN
DIKENAKAN GANTI RUGI
Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam
meluluskan syor Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) terhadap lima (5) orang
Pegawai Kadet (PK) ALK, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
yang terlibat dalam tiga (3) kes penganiayaan terhadap PK yang lain.
ALK telah mengesyorkan tindakan terhadap lima (5) orang pelaku tersebut
kepada MAT, termasuklah pembatalan pelantikan sebagai PK, pemberhentian
kerja daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
mengenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan Malaysia yang dikira
daripada keseluruhan perbelanjaan yang telah dibelanjakan sepanjang
tempoh pengajian.
Tindakan yang dikenakan ini tidak tertakluk kepada tindakan lain yang diambil
oleh pihak UPNM sendiri mahupun Jabatan Peguam Negara.
Berikut adalah ketetapan Mesyuarat MAT terhadap lima (5) orang pelaku
dalam tiga (3) kes yang berasingan tersebut:

KES PERTAMA: Penganiayaan terhadap PK Muhammad Salman
bin Mohd Saiful Surash
Pelaku: PK Amirul Iskandar bin Ahmad Norhanizan
Kes penganiayaan melibatkan tekapan seterika ke dada mangsa oleh
pelaku telah dikesan jurulatih bertugas ALK semasa melaksanakan
pemeriksaan tubuh berkala pada 28 Oktober 2024.
Susulan itu, satu siasatan dijalankan dan mendapati PK Amirul
Iskandar, pelajar jurusan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (Pengambilan 2021) telah melakukan penganiayaan fizikal
terhadap mangsa.
Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan
dalam ATM dan dikenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan
Malaysia sejumlah RM44,600.20.
Pelaku juga telah dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala
Lumpur di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan pada 8 November
2024 dan prosiding masih berjalan.

KES KEDUA: Penganiayaan terhadap PK Alief Ahsreihan bin
Ahslemy

Pendedahan kes ini adalah melalui maklumat awal yang diterima oleh
Ketua Kompeni daripada seorang pensyarah di UPNM. Pihak atasan
ALK telah mengarahkan untuk satu siasatan segera dijalankan.
Pelaku 1: PK Izzat Izuddin bin Mohammad Arif
PK Izzat Izuddin, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Sumber Manusia Pertahanan (Pengambilan 2021) telah mengarahkan
Pelaku 2 untuk mengenakan Hukuman Pembetulan (Corrective
Punishment) terhadap mangsa, bertentangan dengan peraturan yang
ditetapkan di bawah Perintah Tetap PK ALK.

Pelaku 2: PK Muhammad Hidayat Haqimi bin Mohd Yuslan
Sebagaimana yang diarahkan oleh Pelaku 1, PK Muhammad Hidayat
Haqimi bin Mohd Yuslan, pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains
Komputer (Sistem Keselamatan Komputer) (Pengambilan 2023) telah
mengenakan Hukuman Pembetulan (Corrective Punishment) terhadap
mangsa, bertentangan peraturan yang ditetapkan di bawah Perintah
Tetap PK ALK, melakukan tindakan salah laku secara fizikal, serta
mengarahkan mangsa untuk melakukan kerja-kerja peribadi.
Pelaku 3: PK Ku Muhammad Irfan bin Ku Zaimi
PK Ku Muhammad Irfan bin Ku Zaimi, pelajar jurusan Ijazah Sarjana
Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pengambilan 2021) telah melakukan
tindakan salah laku secara fizikal dan tindakan pengasingan yang
menyebabkan gangguan emosi terhadap mangsa.
Tindakan:
Ketiga-ketiga pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan
perkhidmatan dalam ATM dan masing-masing dikenakan bayaran ganti
rugi kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM48,452.75, RM19,481.70
dan RM44,600.20.

KES KETIGA: Penganiayaan terhadap PK Yeong Kian Rui
Pelaku: PK Ammar Hafiy bin Muhammad Habib
Kes penganiayaan yang melibatkan kecederaan fizikal ini telah dikenal
pasti setelah jurulatih merasa curiga ketika mangsa meminta untuk
mendapatkan rawatan perubatan.

Siasatan lanjut mendapati PK Ammar Hafiy bin Muhammad Habib,
pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pengambilan
2022) telah melakukan tindakan salah laku secara fizikal yang
menyebabkan kecederaan ‘soft tissue injury over lower back
secondary to trauma’ kepada mangsa.
Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan
dalam ATM dan dikenakan bayaran ganti rugi kepada Kerajaan
Malaysia sejumlah RM32,115.95.

Saya ingin menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan sama sekali tidak
akan berkompromi terhadap sebarang bentuk penganiayaan dalam mana
mana institusi ketenteraan dan akan terus menambahbaik mekanisme
pencegahan bagi mengelakkan kejadian penganiayaan berulang.
Kementerian Pertahanan memberi komitmen untuk memastikan sebarang
tindakan yang bertentangan dengan etika dan peraturan yang telah
ditetapkan akan ditangani dengan tegas dan keras.
Kementerian Pertahanan berharap agar keputusan ini menjadi pengajaran
kepada semua pihak serta dapat memulih dan memperkasa nilai-nilai
ketenteraan (military value) yang sepatutnya diamalkan.

DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN
MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA
27 NOVEMBER 2024

Personally, I think they should not identify the victims of the bullying cases – which had not been made public – in the release. They will carry the burden for the rest of their lives now. In the first case, where the bully was charged in court, of course, the name of the victim would be made public.

— Malaysian Defence

If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment
Marhalim Abas: Shah Alam

View Comments (7)

  • Ragging cases is not only in military education institution but also in the national education sector. But with tens '000 over their heads, will they even have a proper 2nd life outside? Is this a personal problem or an institution one where perhaps they been ragged before as freshies so they are now doing the same to their juniors? The educators must take a hard look at themselves before taking a hard stance on the perps as this is just shortterm.

  • Look, if we see ragging as a perennial problem that 'can be' handled 'in-house', how are we going to justify that deaths and/or grievous injuries sustained by any bully victim in the future?
    We may be victims (or bullies) in the past, but going forward, we know it is wrong, vet wrong and shouldn't condone such acts if reported.
    It's not only at ALK or UPNM. It should be thoroughly investigated if reported in all institutions of higher learning.
    The bullies have themselves to blame. Regret? Just let them stew in their own juices.

  • When I said educators, it doesnt mean just that particular institution itself but the entire education system from top to bottom and not just the defence education but also the national education as ragging injuries/deaths/abuse were also reported in national boarding schools & madrasahs. Rather than just blaming the perps and sending to jail then close case, the education system are also at fault for allowing it to fester & happen. This is where the education system has failed us.

  • Go find and read the novel "Lord of the Flies" to understand the psyche and social structure in a closed environment...prison, boarding school, etc

Related Post