SHAH ALAM: The investigation into the crashes that killed ten RMN personnel on April 23 showed that one of the helicopters – the Airbus Fennec AS555N – was not flying at its designated path and altitude leading to the collision with the Leonardo AW139 MOH.
The collision caused both machines to plunge to the ground killing all the personnel on board. RMN chief TS Admiral Rahman Ayob said today the investigation board concluded that the Fennec’s deviation from its designated path and altitude was the main factor for the incident.
The board also concluded that crews of the AW139 helicopter were too focused on the change of flight path which hampered their reaction time to avoid the Fennec. This was the secondary factor which led to the collision.
The board had used the flight data recorders from the AW139 and simulated the flight path of the Fennec using another helicopter as part of the inquiry.
Both helicopters were flying with four others in a formation flight as part of the training for the RMN 90th anniversary parade. The parade and other celebrations planned for the anniversary were cancelled following the crashes.
Rahman said the full report made public today was in line with the preliminary report of the crash. The Investigation Board, he said, found that there was no issue of hypoglycemia or fatigue on the part of the aircrew and there was no use of banned substances. All crewmen were fit to fly.
Both helicopters were written off as a result of the incident, leaving two AW139 and four Fennec in service. Another Fennec damaged in a hard landing previously, has not been repaired.
RMN will augment the helicopters if funding is available either via direct purchases or leasing.
The release:
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐁𝐀𝐑 𝟑𝟎 𝐌𝐄𝐈: 𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐈𝐍𝐒𝐈𝐃𝐄𝐍 𝐇𝐄𝐋𝐈𝐊𝐎𝐏𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐄𝐌𝐏𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐋𝐃𝐌 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓
Tentera Laut Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
1. Lembaga Siasatan yang telah ditubuhkan pada hari insiden dianggotai 9 pegawai TLDM berkepakaran penerbangan dan kejuruteraan udara dan turut melibatkan bantuan dari Markas Tentera Udara – Directorate General Technical Airworthiness (DGTA) serta doktor perubatan Angkatan Tentera Malaysia.
2. Laporan Akhir ini adalah kesinambungan daripada Laporan Awal yang telah dikeluarkan melalui Kenyataan Akhbar pada 9 Mei lalu. Berdasarkan Laporan Awal, perkara-perkara berikut telah dikenal pasti:
a. Kesemua kru udara terbabit disahkan mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk mengendalikan pesawat (fit to fly). Tahap kelayakan penerbangan kru udara yang terlibat juga masih sah dan tidak tamat tempoh.
b. Kedua-dua pesawat iaitu Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 dan AS 555 SN Fennec disahkan berada dalam keadaan airworthy (safe to fly) semasa hari kejadian.
c. Kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak Original Equipment Manufacturer (OEM).
d. Keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.
e. Pesawat AW139 mempunyai kotak hitam manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada tahun 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan tersebut. Data yang telah dianalisis daripada kotak hitam pesawat AW139 telah diterima (3 Mei) daripada pihak OEM untuk penilaian lanjut oleh Lembaga Siasatan.
f. Kerjasama, kepakaran dan pandangan dari pihak OEM iaitu Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter turut dirujuk bagi melengkapkan siasatan termasuk analisis penuh rakaman kotak hitam pesawat AW139.
g. Lembaga Siasatan melaksanakan siasatan bagi mengenal pasti punca atau faktor yang telah menyumbang kepada insiden tersebut. Perkara yang diteliti merangkumi aspek berikut:
(1) Analisis semula profil penerbangan pada hari kejadian dengan mensimulasikan profil tersebut menggunakan simulator penerbangan dan juga pesawat sebenar.
(2) Bantuan dan pandangan daripada pihak Airbus Helicopter sekiranya terdapat data-data pada peralatan pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan.
3. Setelah siasatan dilaksanakan secara komprehensif, Lembaga Siasatan mendapati perkara-perkara berikut:
a. Laporan autopsi mengesahkan bahawa tiada isu hypoglycemia atau unsur-unsur fatigue terhadap semua kru udara serta tiada penggunaan bahan terlarang. Tiada unsur mental illness direkodkan atau dikenal pasti. Kesemua kru udara terlibat disahkan secara perubatan sebagai fit to fly.
b. Kematian kesemua 10 mangsa adalah berpunca daripada multiple injuries due to aviation crash.
c. Pesawat AW139 disahkan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan Laporan Analisis Kotak Hitam. Pesawat Fennec ditentukan tidak mengalami sebarang masalah teknikal berdasarkan analisis visual dan bunyi serta dokumentasi. Kerja-kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak OEM.
d. Sampel minyak, pelincir dan bahan api telah diperiksa dan disahkan normal oleh pihak Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
e. Keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.
f. Laporan Analisis Kotak Hitam pesawat AW139 digunakan untuk membantu siasatan. Manakala bagi pesawat Fennec, pembuktian profil penerbangan adalah melalui simulasi penerbangan menggunakan pesawat sebenar.
g. Kerjasama, kepakaran dan pandangan dari pihak OEM iaitu Leonardo Helicopter dan Airbus Helicopter telah dirujuk bagi membantu siasatan. Airbus Helicopter mengesahkan bahawa tiada peralatan yang mempunyai Non Volatile Memory (NVM) di pesawat Fennec yang dapat membantu siasatan.
4. Setelah diteliti, Lembaga Siasatan telah membuat kesimpulan bahawa faktor penyebab kemalangan adalah seperti berikut:
a. Faktor Utama. Pesawat Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan yang telah ditetapkan serta memasuki laluan pesawat AW139.
b. Faktor Sekunder. Channelized attention oleh kru pesawat AW139 yang tertumpu ke arah penukaran haluan telah mengehadkan reaksi mengelak pelanggaran.
5. Laporan Akhir ini adalah selari dengan Laporan Awal yang telah dikeluarkan sebelum ini. Laporan ini juga akan dihantar ke State Airworthiness Authority (SAA) untuk rekod.
6. TLDM juga ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan usaha yang dibuat dalam memelihara kebajikan waris mangsa nahas yang sentiasa diberi perhatian oleh pihak ATM.
7. Selain daripada upacara-upacara keagamaan dan bantuan psikologi menerusi kaunselor yang disediakan, urusan pembayaran pampasan khususnya dari Skim Takaful Berkelompok ATM, sumbangan dari Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara dan sumbangan- sumbangan lain telah diserahkan kepada waris-waris yang berkelayakan. Pada masa sama, bayaran faedah serta ganjaran perkhidmatan dalam bentuk pencen dan secara bulanan kepada waris berkelayakan juga telah bermula. Sumbangan dan terimaan-terimaan lain akan turut diserahkan setelah proses berkaitan selesai.
8. TLDM juga mengalu-alukan sumbangan ke Tabung Tragedi Lumut 24 yang telah ditubuhkan oleh ATM. Tabung ini masih dibuka dan hasil kutipan kelak akan diagihkan kepada waris mangsa yang terlibat. Semoga usaha-usaha ini dapat membantu meringankan bebanan yang sedang dihadapi oleh waris dan ahli keluarga mangsa.
— Malaysian Defence
If you like this post, buy me an espresso. Paypal Payment
What about super lynx? how many are still on the air?
The last time they said it was four, I am guessing that remains the number.
Sad.
Will we actually have transparency to find out why? I wonder…
It also goes back to whether do we know the cause of the earlier crash at Lumut base. Or the MMEA chopper in water. Not sure if the reasons was made known publicly.
It is difficult to know the reason the Fennec was out-off position as it is not equipped with black boxes unlike the AW139. They only knew that it was out-off position based on the flight plan and also determined from the AW139 black boxes that it (AW139) was on its flight path.
As for the MMEA chopper, they have not announced it yet, the black boxes had to be flown to Italy to read the recordings.
We are losing choppers but we are slow to know why. That is a worrying trend. Not so much the human lives lost/injured but also the financial burden of losing national assets and its not like we could buy a new one right after losing each of them. Sad.