SHAH ALAM: Posted below are the transcript of the statement made by Defence Minister DSU Mohamad Hasan in Parliament on February 20, 2023. For brevity, Malaysian Defence has omitted questions and other items during the normal Parliamentary proceeding. If you want the full exchange, please go to Parliament web site, and download the transcript.
From the Hansard of the Parliament for February 20, 2023:
Soalan ini berkenaan dengan secara spesifik pendirian kerajaan untuk meneruskan
keupayaan perolehan littoral combat ship (LCS) ini untuk kerajaan khususnya Kementerian
Pertahanan memperkasakan keupayaan operasi TLDM dalam memelihara kedaulatan
perairan negara dan selari pula dengan objektif pertahanan negara yang terkandung dalam
Kertas Putih Pertahanan, Tuan Yang di-Pertua.
Oleh yang demikian, Kementerian Pertahanan memberikan tumpuan kita
sepenuhnya dalam melangkah ke depan (moving forward) Yang Berhormat dan Tuan Yang
di-Pertua bagi memastikan projek LCS ini diteruskan semula. Ini keputusan yang telah pun
kita buat. Akan kita teruskan untuk kita pastikan keadaan pertahanan negara kita iaitu perlu
dipertingkatkan dan diperkasakan, Tuan Yang di-Pertua.
Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan telah
membentangkan kertas mengenai hala tuju berkaitan perolehan LCS ini iaitu kepada Jemaah
Menteri, empat kali banyaknya iaitu pada 20 November 2020, 5 Mei 2021, 4 Mac 2022 dan
yang akhir sekali kertas kepada Jemaah Menteri telah dibentangkan pada 20 April tahun
2022. Kesemua empat-empat kertas Jemaah Menteri ini keputusannya bersetuju bagi
kerajaan meneruskan projek LCS Tuan Yang di-Pertua untuk kita memperkasakan
pertahanan kita, pertahanan negara terutamanya aset Tentera Laut Diraja Malaysia kita,
Tuan Yang di-Pertua.
Selain daripada itu, Kementerian Pertahanan bersama dengan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) khususnya Tentera Laut Diraja Malaysia, Lembaga Tabung Angkatan
Tentera (LTAT) dan khususnya pihak Boustead telah melihat semula perancangan perolehan
LCS ini bersama dengan Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan
Perdana Menteri dan juga Jabatan Peguam Negara bagi mencari jalan penyelesaian terbaik
untuk meneruskan projek ini.
Maklumlah Tuan Yang di-Pertua, projek ini telah terbengkalai ataupun terhenti— ia
bukan terbengkalai. Ia dihentikan pada awal tahun 2018, Tuan Yang di-Pertua. Terhenti lama.
Sekarang kita hendak meneruskan, banyaklah masalah-masalah operasi terutamanya
masalah saman-menyaman antara satu sama lain dan bagai-bagainya.
Akan tetapi alhamdulillah perkara ini telah pun dapat diselesaikan, cuma ada satu
lagilah iaitu untuk kita menandatangani apa yang dipanggil sebagai international settlement
agreement dengan satu pihak yang penting, Tuan Yang di-Pertua. Insya-Allah akan kita
lakukan.
Menjawab soalan kepada Yang Berhormat Lumut, Yang Berhormat Muar, Yang
Berhormat Tasek Gelugor dan Yang Berhormat Sik berkaitan status terkini projek LCS ini,
seperti yang saya jelaskan sebentar tadi Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan
sedang memberikan penelitian khusus untuk memastikan projek LCS ini dapat diteruskan
bagi memperkasakan sistem pertahanan dan perairan negara kita.
Pada masa ini, kementerian sedang dalam fasa terakhir untuk memuktamadkan
cadangan penerusan projek melalui penyediaan memorandum Jemaah Menteri yang akan
dibentangkan dalam masa terdekat. Kita akan bentangkan kertas baharu kerana kerajaan ini
kerajaan yang bukan kerajaan terdahulu yang telah pun bersetuju, maka kita akan
bentangkan semula kepada Jemaah Menteri untuk kita meneruskan projek ini. Apabila kita
menandatangani international settlement agreement dengan pihak ketiga, kita akan dapat
meneruskan dan insya-Allah Tuan Yang di-Pertua tidak ada lagi melihat ke belakang dan kita
akan dapat pastikan projek LCS ini dapat diteruskan dan insya-Allah akan siap pada masa
yang dapat kita tentukan.
Tuan Yang di-Pertua, merujuk kepada soalan Yang Berhormat Lumut berkaitan
tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pertahan terhadap saranan Jawatankuasa
Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas projek LCS dan juga Yang Berhormat Tasek Gelugor
serta Yang Berhormat Sik mengenai tindakan undang-undang terhadap pelaku-pelaku dalam
skandal LCS.
Untuk makluman Dewan yang mulia ini, terdapat tujuh syor Yang Berhormat yang
terkandung dalam Laporan PAC yang mana enam syor merupakan tindakan yang perlu
diambil sendiri oleh Kementerian Pertahanan, manakala satu lagi syor di bawah SPRM, Tuan
Yang di-Pertua. Daripada tujuh syor yang terkandung dalam laporan PAC itu, enam yang
mesti diurus sendiri oleh Kementerian Pertahanan dan lagi satu itu adalah berkenaan
siasatan yang perlu dilakukan oleh SPRM.
Daripada enam syor yang perlu diurus oleh Kementerian Pertahanan, empat syor
telah kami ataupun Kementerian Pertahanan telah ambil tindakan dan selesaikan. Tinggal
lagi dua Tuan Yang di-Pertua iaitu laporan berkala kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara dan laporan berkala juga kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.
Disebabkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara belum dilantik ataupun
sedang dilantik dan Jawatankuasa Khas Parlimen pun akan dilantik tidak lama lagi dan tidak
ada semasa dua, tiga bulan yang lalu, maka kita tidak buat laporan berkala kepada PAC dan
juga kepada Jawatankuasa Khas Parlimen.
Insya-Allah Tuan Yang di-Pertua, apabila kedua-dua jawatankuasa ini telah
ditubuhkan, laporan-laporan berkala mengenai status repot ataupun status terkini projek LCS
ini akan kami bentangkan ataupun akan kami buat kepada PAC dan juga Jawatankuasa Khas
Parlimen Tuan Yang di-Pertua.
Persoalan seterusnya daripada Yang Berhormat Lumut juga, berkaitan status
perolehan sistem persenjataan utama LCS ya, Yang Berhormat kan? Khususnya bagi peluru
berpandu anti-kapal dan juga anti-udara, itu soalan dia.
Sebagai makluman Dewan yang mulia ini Tuan Yang di-Pertua, Kementerian
Pertahanan memperoleh surface-to-surface missile (SSM) secara terus dengan original
equipment manufacturer (OEM). Itu sudah ada, memang sudah ada sudah ya dan dia punya
launcher semua sudah ada ya. Cumanya, pada masa ini status perolehan berjalan mengikut
jadual yang kita anggarkan, mengikut status kesiapsiagaan ataupun kesiapan kapal tersebut
ya.
Manakala, bagi perolehan surface-to-air missile belum ada dalam kita punya kontrak
lagi. Kita akan buat dan kita akan memerlukan kelulusan Kabinet juga untuk kita memperoleh
daripada OEM mana dan juga persenjataan yang mana surface-to-air missile yang boleh dan
yang baik dan yang sesuai untuk digunakan oleh TLDM untuk kita lengkapkan sebagai
persenjataan kepada LCS yang bakal disiapkan nanti Tuan Yang di-Pertua ya.
Ini belum lagi Yang Berhormat Lumut ya tetapi surface-to-surface missile (SSM)
memang sudah ada. Anti-torpedo ada cumanya surface-to-air belum lagi masuk dalam
spesifikasi kontrak kita. Ini akan kita lakukan apabila kita dapat mengenal pasti sistem yang
mana yang terbaik yang boleh diletakkan di atas LCS tersebut Tuan Yang di-Pertua ya.
Tuan Yang di-Pertua, kita perlu melihat ke hadapan. Itu sebabnya keputusan untuk
meneruskan projek LCS ini dibuat supaya yang pentingnya Tuan Yang di-Pertua ialah sistem
pertahanan negara ini perlu diperkasakan. Kita tidak boleh diperkotak-katikkan oleh sesiapa
kerana memandangkan kelemahan-kelemahan kita, maka pihak kawan dan lawan tidak ada
segan silu terhadap kita.
Jadi, memperkasakan aset pertahanan negara ini adalah keutamaan Kementerian
Pertahanan dan saya harap supaya kerajaan dan semua Yang Berhormat menyokong
supaya ini dapat dilakukan. Walau bagaimanapun, banyak orang kata kita hendak perang
dengan siapa? That should not be questioned. It’s not – jangan kita ingat kita hendak pergi
perang dengan siapa. Kita mesti selalu bersedia dan persiapan yang rapi perlu sentiasa ada.
Kita punya pertahanan negara perlu diperkasakan dan diperlengkap dengan asetaset yang sesuai yang diperlukan. Terima kasih Tuan Yang di-PertuaKerajaan pada tahun 2020 itu kerajaan
Yang Berhormat lah agaknya kan pada ketika itu kerajaan – tetapi dibuat – Sebenarnya kertas
untuk persetujuan itu telah dibuat sebelum itu tetapi tidak sempat kerana Kerajaan Pakatan
Harapan telah pun jatuh, maka pada bulan Mei tahun – sekejap Tuan Yang di-Pertua ya.
Pada bulan November tahun 2020 Kertas Kabinet yang pertama telah pun
dibentangkan dan Kabinet pada ketika itu bersetuju Tuan Yang di-Pertua. Kemudian,
disambung pada Mei tahun 2021, Mac tahun 2022 dan terakhir sekali 20 April. Kesemua
empat-empat Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju supaya projek LCS ini diteruskan demi
memperkasakan aset pertahanan negara Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya
tidak ada pengurangan dalam siling yang telah diluluskan siling terdahulunya. Siling itu tetap
siling yang sama tetapi disebabkan oleh banyak variation order (VO) dan disebabkan oleh
pertambahan kos (cost escalation) Tuan Yang di-Pertua yang disebabkan oleh keadaan
harga barang-barang semuanya telah meningkat.
Akan tetapi Tuan Yang di-Pertua, wang yang telah digunakan Tuan Yang di-Pertua
saya sendiri melihat Tuan Yang di-Pertua di dalam gudang Boustead Naval Shipyard itu
semua sudah dibeli Tuan Yang di-Pertua. Enjin semua sudah ada bahkan kapal LCS pertama
Tuan Yang di-Pertua enjin sudah ada dalam badan kapal, gearbox semua sudah ada, dia
punya shaft sudah ada, propeller sudah ada. Cuma, hendak memasang dia punya alat-alat
pertahanan ataupun dia punya persenjataan dan juga elektroniknya sahaja. Jadi, dia punya
thrust itu tinggal lagi satu sahaja thrust untuk dipasang dan yang lain dia membina kapal dia
Tuan Yang di-Pertua melalui blok-blok. Semua blok sudah dipasang cuma blok thrust tersebut
kerana memang dikosongkan untuk kita memasukkan sistem elektroniknya nanti. Jadi, tidak
boleh pasang dahululah kalau tidak nanti terpaksa buka balik. Jadi terpaksa pasang dan juga
alat persenjataan Tuan Yang di-Pertua. Lain-Lain semua sudah ada. Enjin sudah ada,
gearbox sudah ada, shaft sudah pasang, propeller pun sudah siap.
Tuan Yang di-Pertua, kita mengatakan kapal ini siap pembinaannya ya. Ini ada dua
perkara Tuan Yang di-Pertua. Kapal ini ada dua perkara. Satu, pembinaannya dalam dia
punya yard. Kedua, kapal ini sudah siap kena pergi Harbor Assessment test Tuan Yang diPertua, dekat pelabuhan. Dia sengetkah, dia boleh terapungkah atau dia tidak, macam-macam. Selepas itu nanti sea assessment test kita kena keluar. Sudah lepas itu mengambil
masa 20 lebih bulan, 22 hingga 24 bulan Tuan Yang di-Pertua baharulah kapal ini akan dicommission-kan ya.
Jadi, kita kata kapal ini siap, siap dalam pembinaan di dalam dia punya dry dock dia
ya. Akan tetapi Harbor Assessment test itu lain cerita. Sea assessment test itu lain cerita. Dia
akan mengambil masa lebih kurang setahun setengah ke dua tahun Tuan Yang di-Pertua. Itu
dia. Jadi, jangan pula kata nanti mana kapal tidak belayar tidak buat mission selepas dua
tahun Tuan Yang di-Pertua, insya-Allah.
Tuan Yang di-Pertua, industri pertahanan negara ini merupakan salah satu daripada
kita punya teras utama dalam Kertas Putih Pertahanan Negara kita Tuan Yang di-Pertua.
Saya meneruskan Kertas Putih Tuan Yang di-Pertua.
Kertas Putih Pertahanan Negara ini yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini
merupakan satu Kertas Putih yang amat komprehensif dan yang amat baik. Kami cuba untuk
menambah nilai dari masa ke semasa mengikut keadaan Tuan Yang di-Pertua.
Akan tetapi, terasnya amat baik. Salah satu daripada teras yang disebut, yang
ditanya oleh Yang Berhormat Parit Sulong tadi ialah berkenaan dengan industri pertahanan
negara. Naval Shipyard Engineering ini, Tuan Yang di-Pertua, mereka mempunyai
kepakaran, bahkan design mereka dan kita punya principal owner of the design itu daripada
Naval Group, Tuan Yang di-Pertua, memuji kepakaran anak tempatan kita. Mereka boleh
menyiapkan kapal ini, design ia sampai final design dan akan diluluskan oleh principal owner
Naval Group itu, Tuan Yang di-Pertua, dan ia mempunyai keupayaan.
Dan diberi peluang, Tuan Yang di-Pertua, Boustead Naval Shipyard ini mempunyai
masa depan yang cerah untuk menjadi sebagai peneraju kepada pembinaan limbungan kapal
di negara kita. Walaupun dah banyak yang lain— di Terengganu ada, di Sabah ada, di
Labuan ada shipyards. Kalau boleh, ini boleh kita jadikan sebagai satu industri utama.
Negara kita, negara maritim, Tuan Yang di-Pertua, memerlukan banyak kapal, memerlukan
banyak pembinaan kapal-kapal, bukan sahaja kapal perang tetapi kapal-kapal yang lain.
Insya-Allah, Tuan Yang di-Pertua, ini akan kami, Kementerian Pertahanan Malaysia lakukan
mengikut teras untuk kita melihat industri pertahanan ini diperkasakan di tanah air kita, insya Allah.
— Malaysian Defence
View Comments (8)
As indeed, 'twas a convoluted mess, Tuan Yang di-Pertua.
I might have missed the boat on a lot of the details, but does anyone have any info about the 3rd party settlement agreement he stated? Who was it and for how much amount exactly?
Much appreciated!
The international settlement agreement has and will not be made public. Likely we will get the general details only
Ah, that's unfortunate. Thank you for the info, Marhalim.
Wonder If the settlement would involved actual dollars & cent which would need to pass through parliamentary approvals or just a hush hush gentleman agreement to compensate the 3rd party with future contracts as they did with the Kedah?
Any extra allocation will not be passed by the Parliament, it will be done by the Finance Ministry. Though it is likely the Defence Ministry will have to update the PAC on the progress of the project
As long as the additional appropriations does not exceed the parliament approved budget, its just a matter of the government reallocating from other parts of the budget. If the additional appropriations exceeds the parliament approved budget, then the government will need to seek parliament's approval for additional funding - supplementary budget requests. For example, the additional appropriations could come from delaying another project, or taking from the healthcare budget. It could also come from lower than budgeted subsidy spending, meaning there is unspent monies that can be appropriated.
True but buying something for another service using funds from another one despite knowing the original service needs the capability is remarkably stupid.
Still didn’t clarify what is the actual cost to complete all 5 units. We could end up payinf RM3b for each (USD667M). At this price we could get a FREMM with 32 VLS. How ridiculous is this. We became laughing stock